Hoyt Stoddard Curtin (9 September 1922 – 3 Disember 2000) merupakan penerbit muzik dan komposer Amerika yang turut menjadi pengarah muzikal utama untuk studio animasi Hanna-Barbera bermula dengan The Ruff & Reddy Show pada tahun 1957 sehingga persaraannya pada tahun 1986, kecuali tahun 1965–1972, apabila pengarah muzik utama merupakan Ted Nichols.[1][2]

Hoyt Stoddard Curtin
Kelahiran22 September 1922
Meninggal dunia3 Disember 2000(2000-12-03) (umur 78)
Pekerjaankomposer & penerbit muzik
Tahun aktif1957–1986
MajikanHanna-Barbera

Biografi sunting

Curtin berasal dari Downey, California, dan mempunyai seorang anak, Chris, hasil perkahwinan dengan Elizabeth.

Pada tahun 1950-an, Curtin menjadi komposer untuk iklan-iklan di televisyen. Beliau bertemu dengan Hanna dan Barbera ketika beliau bekerja untuk iklan minuman keras Schlitz pada tahun 1957.

Beliau telah menjadi komposer lagu tema popular kepada kartun-kartun keluaran Hanna-Barbera seperti The Flintstones sehingga 1981, Top Cat, The Jetsons, Jonny Quest, Superfriends, Josie and the Pussycats, The Smurfs dan The New Scooby-Doo Movies.

Beliau turut terlibat dengan filem Mesa of Lost Women (1953), Jail Bait (1954, sebagai Hoyt Kurtain), Timber Tramps (1975), C.H.O.M.P.S. (1979), dan muzik untuk kartun Sandy Frank, Battle of the Planets (1978) di mana runut bunyi hanya dikeluarkan pada tahun 2000. Ia merupakan projek terakhirnya sebelum meninggal dunia di Los Angeles, California pada 3 Disember 2000, ketika berusia 78 tahun.

Rujukan sunting

  1. ^ Woo, Elaine (December 11, 2000). "Hoyt Curtin; Composer of Cartoon Music". LA Times. Dicapai pada 2010-08-24.
  2. ^ Doll, Pancho (June 2, 1994). "REEL LIFE / FILM & VIDEO FILE : Music Helped 'Flintstones' on Way to Fame : In 1960, Hoyt Curtin created the lively theme for the Stone Age family. The show's producers say it may be the most frequently broadcast song on TV". The Los Angeles Times. Dicapai pada 2010-11-10.

Pautan luar sunting