Buka menu utama

Wikipedia β

Hubungan Colombia-Venezuela

Hubungan Colombia–Venezuela telah dimajukan semenjak abad ke-16, apabila penjajah empayar Sepanyol mewujudkan wilayah Santa Marta (sekarang Colombia)[1] dan wilayah New Andalucia (sekarang Venezuela).[2] Kedua-dua negara ini berkongsi satu sejarah dalam mencapai kenerdekaan di bawah Simón Bolívar dan menjadi satu negara — Gran Colombia— dibubarkan pada abda ke-19.[3] Nerikuitan daripada itu, hubungan keseluruhan di antara kedua-dua negara sudah berbolak balik di antara kerjasama dan pergelutan dua hala. Hubungan diplomatik adalah parah pada 22 Julai 2010 tetapi dibaiki semula pada 10 Ogos, berikutan satu mesyuarat di antara presiden-presiden di antara kedua-dua negara.

Hubungan Colombia–Venezuela
Peta menunjukkan lokasi Colombia dan Venezuela

Colombia

Venezuela
Colombia Venezuela map.svg

Isi kandungan

SejarahSunting

2010Sunting

Pada Julai 2010, terjadi suatu krisis diplomatik di antara Colombia dan Venezuela mengenai dakwaan oleh Presiden Álvaro Uribe yang akan tamat tempoh jawatannya bahawa kerajaan Venezuela secara aktif membenarkan gerila Colombia FARC dan ELN mencari tempat selamat di wilayahnya. Uribe memberikan bukti kepada Pertubuhan Negara-negara Amerika (OAS) dikatakan diambil daripada komputer riba yang dirampas dalam serbuan 2008 Colombia terhadap kem FARC di Ecuador, yang telah mencetuskan krisis diplomatik Amerika Selatan 2008. Sebagai tindak balas Venezuela memutuskan hubungan diplomatik, dan terdapat spekulasi kemungkinan perang. Krisis ini diselesaikan selepas Juan Manuel Santos dilantik sebagai Presiden Colombia pada 7 Ogos 2010, dan campur tangan UNASUR mempertemukan Santos dan Presiden Venezuela Hugo Chávez. Chávez memberi tahu pihak gerila bahawa tidak terdapat penyelesaian ketenteraan terhadap konflik dalaman Colombia itu,[4] dan Santos bersetuju menyerahkan komputer riba terbabit kepada kerajaan Ecuador.[5] Colombia dan Venezuela seterusnya bersetuju menyambung kembali hubungan diplomatik.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ (Sepanyol) Roa, Alberto Saldarriaga. "Fundación de Santa Marta". Colombialink.com. Dicapai pada 2007-11-25. 
  2. ^ (Sepanyol) Ruano, Maru. "Cumaná". Catholic.net. Dicapai pada 2007-11-26. 
  3. ^ Mabry, Donald J. "Gran Colombia and the United Provinces of Central America". Historical Text Archive. Dicapai pada 2007-11-26. 
  4. ^ AFP, 8 Ogos 2010, Chavez urges Colombian rebels to release all hostages, diarkib WebCite di http://www.webcitation.org/5rxNFejer
  5. ^ AFP, 10 Ogos 2010, Colombia, Venezuela, leaders expected to renew ties, diarkib WebCite di http://www.webcitation.org/5rxM1Dosz.

Pautan luarSunting