Ibn Mālik, Abū ʻAbd Allāh Djamāl Al-Dīn Muhammad (Arab: ابن مالك، محمد بن عبد الله) (s. 600 AH – 672 AH / c. 1204 – 22 Februari 1274) ialah seorang ahli tatabahasa Arab yang lahir di Jaén. Selepas meninggalkan al-Andalus lalu menuju ke Asia Barat, beliau beralih kepada mazhab Syafii, dan mengajar bahasa Arab dan sastera Arab di Halab dan Hamāt, sebelum akhirnya menetap di Damsyik, tempat beliau memulakan tempoh paling produktif dalam hayat beliau. Beliau adalah mahaguru di Madrasah Adiliah. Reputasi beliau dalam sastera Arab dikukuhkan oleh karya beliau, al-Khulāsah al-alfiyyah (dikenali juga dengan nama ringkas Alfiyah), gubahan puisi tatabahasa Arab, dengan sekurang-kurangnya sebanyak 43 ulasan ditulis tentangnya.

Rujukan sunting

Fleisch, H. Ibn Mālik in The Encyclopaedia of Islam, 2nd Edition. CD-ROM Edition v 1.0. (Leiden: Brill, 1999).

Pautan luar sunting

Templat:Linguist-stub