Ibu Soko
jawatan adat di Negeri Sembilan
Ibu Soko (Jawi: ايبو سوکو ) ialah gelaran dan jawatan adat di Negeri Sembilan bagi wanita atau perempuan yang berilmu dan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai perkara khususnya berhubung peradaban serta kehidupan perjalanan adat khususnya tentang salasilah kelompok kekeluargaannya.Ibu Soko bertanggungjawab dalam melaksanakan ketentuan agama dan adat, meneruskan jurai keturunan kelompok keluarganya, memastikan keturunannya menjadi ahli masyarakat berguna dan memiliki sikap madani[1].
Pakaian adat bagi Ibu Soko ialah baju kurung khas dengan kain samping dan telepuk di kepala[2].
Lihat juga
sunting- Undang Luak
- Bundo Kanduang - wanita yang pakar rujuk dalam budaya Minangkabau
Bacaan lanjut
sunting- Mohd Rosli Saludin (2011). Peranan Ibu Soko Dalam Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Lembaga Muzium Negeri Sembilan.
Rujukan
sunting- ^ Amran Yahya (Mac 11, 2020). "Angkat semula peranan 'Ibu Soko'". HMetro. Dicapai pada 18 Julai 2022.
- ^ "BAJU KURUNG IBU SOKO". Pemetaan Budaya. Dicapai pada 18 Julai 2022.