Buka menu utama

Imam Muda Astro Oasis merupakan program realiti anjuran Astro Oasis (saluran 106) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Ia telah dirasmikan pada 11 Mac 2010 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Jamil Khir Baharom di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. Pada 30 Julai, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan muncul juara pertama.

Isi kandungan

TujuanSunting

Tujuannya agar dapat membentuk generasi muda ke arah perilaku yang baik dan berakhlak.[1] Imam di kalangan orang muda perlu dicari, digilap dan diketengahkan. Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar menyatakan Imam Muda mestilah menitikberatkan aspek pengetahuan mendalam dalam agama Islam dan kebolehan untuk memimpin. Kemahiran berbahasa Inggeris juga ditekankan.

Program ini bukan bersifat komersial semata-mata tetapi sebagai tanggungjawab moral. Ia akan mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia. Peserta akan dihimpunkan di sebuah asrama selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh ugama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman. Semua peserta akan menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.

Program Imam Muda adalah di antara testimonial kami menerbitkan program-program ilmiah dan tidak tertumpu kepada elemen hiburan semata-mata. Ia akan memartabatkan status Imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang perlu dipikul serta menjadi pemangkin kepada kelahiran imam muda yang versatil dan relevan kepada komuniti.

Musim Imam MudaSunting

Musim Pertama Imam Muda berlangsung dari awal Mac hingga 30 Julai 2010. Lebih 1000 orang menyertai uji bakat, namun hanya 10 yang terpilih menyertai.[2] Guru agama Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan muncul juara pertama. Hizbur Rahman Omar Zuhdi pula di tempat kedua.[3]

Manakala Imam Muda musim ke-2, Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza atau lebih dikenali sebagai Hassan, 26 tahun, telah dinobatkan sebagai juara program realiti pencarian Imam Muda musim kedua selepas mengetepikan Nazrul Izwan Zolkiflee (Nazrul), 26 tahun, pada malam kemuncak yang berlangsung di Dewan Muktamar, Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah pada Julai 2011.

Kemenangan tersebut melayakkan Mohd Hassan Adli Yahaya membawa pulang hadiah tajaan biasiswa penuh pengajian di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, kereta Proton Exora, pakej haji dan umrah serta wang tunai RM55 ribu. Mohd Hassan Adli Yahaya juga menerima sebuah iPad, telefon bimbit, voucer Perabot Jati bernilai RM15 ribu, komputer riba Macbook, pakej percutian ke Vietnam, kamera digital dan trofi.

Nazrul Izwan Zolkiflee menerima biasiswa pengajian di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, kereta Proton Persona dan wang tunai sebanyak RM20 ribu. Nazrul Izwan Zolkiflee dari Johor ini juga menerima voucer Perabot Jati bernilai RM10 ribu, pakej umrah, komputer riba Macbook, pakej percutian ke Vietnam, kamera digital, telefon bimbit dan trofi.

Selain itu, lapan lagi peserta yang sudah tersingkir menerima biasiswa pengajian di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, pakej umrah, iPad, pakej percutian, kamera digital, telefon bimbit dan trofi.[4]

RankingSunting

Semasa musim Piala DuniaSunting

Seperti juga rancangan realiti hiburan (seperti Akademi Fantasia dan Mentor) dan keagamaan lain (seperti Akademi al-Quran), rancangan ini juga gagal mendapat tempat di hati penonton lantaran berlangsungnya kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dari 11 Jun hingga 11 Julai tahun itu, yang mana nasib rancangan ini sama dengan rancangan realiti hiburan yang sudah tidak relevan lagi.

RujukanSunting