Pemadang dalam
Pemadang dalam (bahasa Inggeris: infielder ) ialah posisi pemain besbol yang terdapat dalam empat kawasan dalam besbol iaitu di antara tapak pertama (first base) dan tapak ketiga (third base).[1]
Pemadang dalam terdiri daripada empat posisi iaitu penjaga tapak pertama (first baseman, 1B), penjaga tapak kedua (second baseman, 2B), penjaga tapak ketiga (third baseman, 3B) dan pemadang dekat (shortstop, SS). Pada umumnya, ketiga-tiga pemain tersebut perlu menjaga tapak mereka masing-masing walaupun pemain pemadang dekat kadang kala bekerjasama dengan penjaga tapak kedua untuk mengawasi atau menjaga tapak kedua. Setiap posisi memerlukan kemahiran yang berlainan. Pemain yang memiliki kekurangan kemahiran menyerang atau bertahan perlu menjadi anggota barisan pemain pemula manakala pemain yang memiliki banyak kemahiran boleh beraksi di dua atau lebih posisi pemadang dalam asalkan mereka boleh dipanggil dari bangku untuk mengisi pelbagai peranan pertahanan. Pemain ini dikenali sebagai utility infielder.
Catatan
sunting- ^ "infielder". Cambridge Dictionary.