Intisari (majalah)

Majalah Intisari merupakan sebuah majalah ringkasan bahasa Melayu yang diterbitkan oleh CL Graphic Scan Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Majalah Intisari diterbitkan secara bulanan.

Intisari
Kulit majalah Intisari sebagai hiasan sahaja.
KategoriHiburan
KekerapanBulanan
Isu pertama1998
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Ia mempunyai konsep hiburan dan mempunyai kandungan cerita-cerita seram. Kandungannya turut memuatkan kisah keagamaan, petua dan nasihat, kesihatan, sejarah dan pengetahuan am. Ia mempunyai moto Pencetus Wawasan Pembangunan Insan. Majalah Intisari mula diterbitkan pada 1998 dengan nombor penerbitan PP.5815, tetapi kini tiada lagi diedaran.

Saiz sunting

Majalah Intisari merupakan sebuah majalah padat berjilid dengan saiz 12.5 cm X 18.5 cm. Majalah Intisari keluaran Ogos 2000 mempunyai jumlah halaman setebal 131 muka surat.

Penerbit sunting

Majalah Intisari diterbitkan oleh CL Graphic Scan Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.