Invois atau bil ialah dokumen perdagangan yang dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli. Ia menyebut barangan, bilangan, dan harga yang ditetapkan bagi barangan atau perkhidmatan yang diberikan oleh penjual kepada pembeli. Invois mengehendaki pembeli itu untuk membayar penjual mengikut terma-terma pembayaran. Pembeli diberi had masa beberapa hari untuk melunaskan pembayaran itu, dan adakalanya ditawarkan potongan harga sekiranya membayar sebelum tarikh akhir.

Dalam industri penyewaan, invois mestilah menyatakan tempoh masa yang dibilkan, maka ia bukan sahaja berdasarkan bilanga, harga dan potongan, bahkan juga jangka masa.

Dari sudut pandangan penjual, invois itu adalah invois jualan. Dari sudut pandangan pembeli pula, invois itu adalah invois belian. Dokumen menyebut pembeli dan penjual sekali, tetapi istilah invois ini bermaksud wang itu adalah hutang pembeli kepada penjual. Justeru, konteks istilah invois digunakan untuk memperjelas maknanya, seperti "Kami mengirim invois kepada mereka" (mereka berhutang wang kepada kami) atau "Kami menerima invois daripada mereka" (kami berhutang wang kepada mereka).

Jenis sunting

Terdapat pelbagai jenis invois:

  • Invois pro forma: Dalam perdagangan antarabangsa, invois pro forma ialah dokumen yang menyatakan janji penjual untuk menyediakan barangan-barangan yang tertentu kepada pembeli pada harga yang ditetapkan. Selalunya, ia digunakan untuk membuat pengakuan tentang nilai barangan kepada kastam. Ia bukan invois yang sebetulnya, kerana penjual tidak merekodkan invois pro forma sebagai belum terima akaun sementara pembeli tidak merekodkan invois pro forma sebagai accounts payable. Invois pro forma tidak dikeluarkan oleh penjual sehingga kedua-dua pihak mempersetujui terma-terma pesanan. Adakalanya, invois pro forma dikeluarkan untuk mendapatkan bayaran terdahulu daripada pembeli, sama ada untuk memulakan pengeluaran ataupun demi keselamatan keluaran.[1]
  • Memo kredit: Seandainya pembeli memulangkan barangan, penjual selalunya mengeluarkan memo kredit pada jumlah yang sama atau lebih rendah daripada invois, kemudian memulangkan duit itu kepada pembeli, ataupun pembeli itu boleh menggunakan memo kredit itu kepada invois yang lain.
  • Invois perdagangan: Borang pengakuan kastam kegunaan perdagangan antarabangsa yang menerangkan pihak-pihak yang terlibat dalam urus niaga penghantaran, barang-barang yang diangkut serta nilai barang-barang tersebut.[2] Ia merupakan dokumen utama yang digunakan oleh pihak kastam dan mesti memenuhi kehendak-kehendak kastam yang tertentu, seperti nombor Sistem Berharmoni dan negara keluaran. Ia digunakan untuk menghitung tarif.
  • Memo debit: Apabila sesebuah syarikat gagal membayar atau terkurang bayar sesuatu invois, maka biasanya ia diberi memo debit untuk baki dan sebarang yuran lambat bayar. Dari segi fungsi, memo debit seiras dengan invois.
  • Invois caj sendiri: Digunakan apabila pembeli mengeluarkan invois kepada diri sendiri (cth. mengikut tahap penggunaan, ia mengambil stok inventori terurus penjual).
  • Penyata: Penyata pelanggan berkala yang merangkumi baki pembuka, invois, bayaran, memo kredit dan debit, dan baki penutup akaun pelanggan dalam jangka masa tertentu. Penyata bulanan boleh digunakan sebagai invois rumusan untuk memohon pembayaran sekali bagi caj bulanan yang tertunggak.

Bil utiliti sunting

Bil keluaran perbadanan utiliti berasaskan sukatan penggunaan elektrik, bekalan air, dan sebagainya (dalam meter) di sebuah tempat kediaman mahupun perniagaan. Apabila seseorang atau sesebuah perniagaan memohon perkhidmatan dari pembekal utiliti tersebut, ia menandatangani suatu perjanjian (kontrak) untuk menanggung penggunaan utiliti yang disukat.


Rujukan sunting

  1. ^ "Proforma Invoice". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-23. Dicapai pada 2011-12-24.
  2. ^ "DHL | Global | Customs Paperwork". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-11. Dicapai pada 2011-12-24.