Prof. Dato' Wira Dr. Ismail Ibrahim merupakan tokoh ilmuwan dan pentadbir di Malaysia. Beliau merupakan Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim pada 1 Julai 2008 hingga 30 Jun 2012. Beliau terlibat dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2000 hingga 2005.

Prof. Dato' Wira Dr.

Ismail Ibrahim

DGMK (Kedah)
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
Dalam jawatan
2000–2005
Didahului olehTuan Guru Dato’ Haji Tajudin bin Haji Abdul Rahman
Digantikan olehAbdul Shukor Husin
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Se-Tanah Melayu
Dalam jawatan
1992–2002
Didahului olehJawatan baharu
Digantikan olehAbdul Monir Yaacob
Butiran peribadi
Lahir (1937-05-12) 12 Mei 1937 (umur 86)
Sungai Petani, Kedah
PasanganDatin Wira Fatimah Abd. Ghani
Anak-anak2 orang

Latar belakang sunting

Dr Ismail dilahirkan pada 12 Mei 1937 di Kampung Permatang Berangan, Mukim Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam jurusan Pengajian Arab dari Universiti Al-Azhar pada tahun 1963 dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang yang sama dari Universiti St. Andrews, Scotland pada tahun 1975.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Fatimah Abd. Ghani, pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Mereka mempunyai dua anak, Ahmad Zaki dan Ilham Zakiah. Kedua-duanya merupakan peguam lepasan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).[1][2]

Penglibatan sunting

Antara jawatan yang disandang oleh Ismail ialah:

  • Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI), Mac 2018-kini
  • Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1 Julai 2008-30 Jun 2012.
  • Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
  • Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi
  • Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, 2000-2005
  • Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
  • Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
  • Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Harta Suci Sdn. Bhd (Anak Syarikat (MAIWP)
  • Pengerusi Jawatankuasa Agihan Baitul Mal Wilayah Persekutuan
  • Ahli Jawatankuasa Audit Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Yang Dipertua Persatuan Bahasa Arab Malaysia.

Rujukan sunting

  1. ^ "Perluas skop, fungsi MAIN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-28. Dicapai pada 2011-10-15.
  2. ^ "Terus martabat agama Islam". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-15. Dicapai pada 2011-10-15.