Ismail Salleh (tentera)
Kol (B) Ismail Salleh adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Alor Setar, Kedah. Beliau telah dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani pada 2 Jun 1971 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pemberontak komunis bagi menyekat penyusupan pemberontak komunis.
Kolonel (B) Ismail Salleh | |
---|---|
Kelahiran | Ismail Salleh |
Warganegara | Malaysia |
Pekerjaan | Kol (B) |
Majikan | Tentera Darat Malaysia |
Terkenal kerana | Penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa |
Kampung asal | Alor Setar |
Pangkat | Kolonel |
Pada 23 Ogos 1970 Kompeni C 6 Renjer pimpinan Mej Ismail digerakkan untuk menyekat penyusupan pemberontak komunis. Musuh yang ada awalnya berundur bertindak menyerang balas dengan kekuatan lebih kurang 70 orang. Dengan bantuan tembakan artileri, Mej Ismail memimpin kompeninya untuk menggempur kedudukan musuh yang terkepung.
Beliau mempamerkan ketabahan dan kecekalan yang tinggi sepanjang tujuh jam pertempuran tersebut berlangsung. Hasil daripada pertempuran ini seramai empat orang pemberontak berjaya dibunuh. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 2 Jun 1971.
Rujukan
sunting- Keberanian Dan Pengorbanan Diarkibkan 2014-03-28 di Wayback Machine