Istana kota Middleham

Istana kota Middleham merupakan salah sebuah istana kota yang terletak di Britain. Istana kota ini yang kebanyakannya telah dibina dan diubah suai semula yang dilihat masa kini, merupakan yang kedua di bina di bandar pasar kecil Middleham.

Istana kota Middleham

Istana kota kerja tanah lebih awal, bertarikh sejak pertengahan kurun ke sebelas telah dibina oleh bangsawan Norman dari Richmond di tanah tinggi di sebelah barat daya. Kurang dari seratus tahun kemudian, lokasi puncak bukit telah ditinggalkan dan digantikan dengan tapak sekarang, dan ibu-dewan (‘hall-keep’) dan istana kota batu yang baru telah dibina. Satu struktur segi empat tepat yang besar berukuran sekitar 108kaki (32.9 meter) panjang dengan 78kaki (23.8m) lebar, ia merupakan bangunan satu tingkat mengandungi dewan dan solar, dengan bilik bawah tanah berkubah ("vaulted undercrofts").

Pada asalnya, laluan masuk adalah melalui rumah pagar ("gatehouse") timur menyeberangi jambatan kayu, atau kemungkinannya jambatan angkat melintasi parit (kini kering). Bagaimanapun, laluan masuk masa kini ke dalam Istana kota Middleham adalah melalui rumah pagar utara, setinggi tiga tingkat dengan laluan pada aras tanah. Berhadapan dengan binaan sebesar sedemikian, dengan pintu pagar kayu yang besar dan pintu jaring boleh diangkat (portcullis), ia pastinya memberikan gambaran bagus mengenai kekayaan dan kekuasaan masa itu.

Disebalik keadaannya yang terbiar, Menara Ibu pusat (central Keep), tersergam sehingga ketinggian sekitar 66 kaki (19.8m), masih masih mengkagumkan. Ia tidak lagi mungkin untuk memanjat naik laluan tangga batu asal kerana ia telah dimusnahkan, tetapi puncak Menara Ibu boleh dinaiki melalui tangga moden di sudut tenggara. Pemandangan indah pinggir desa sekeliling dapat dinikmati dari puncak battlement, dan ia juga merupakan tempat terbaik bagi mengenal pasti tapak istana kota pertama di Middleham. Dengan dua telaga dan dua lubang batu bulat, kemungkinannya bagi menyimpan ikan, ia bleh dikatakan bahawa kebanyakan tingkat bawah digunakan sebagai kawasan dapur. Sunggunpun bukanlah Menara Ibu tertinggi di England, aturan istana kota Middleham memiliki kawasan yang amat besar, memberikan kuarters tempat tinggal yang baik dan keselamatan yang mencukupi.

Apabila istana kota ini diambil oleh keluarga Neville berprestij pada akhir kurun ke tiga belas, mereka berminat untuk membesarkannya. Menjelang permulaan kurun ke empat belas, Istana kota Middleham telah berubah dengan tembok dan menara pepenjuru mengelilingi Menara Ibu.

Rumah pagar istana kota Middleham

Semasa kurun ke lima belas tembok ditinggikan bagi memberikan tempat tinggal baru sepanjang tembok selatan, barat dan utara, tetapi apartment tempat tinggal utama masih terdapat di Menara Ibu yang dimodenkan. Ini kekal sebagai pusat istana kota, di mana isu pentadbiran ditangani, dan di mana jamuan dan hiburan di siang hari berlangsung secara kerap. Malah pertikaian turut diselesaikan di sini apabila ia kemudiannya digunakan sebagai dewan mahkamah tempatan. Bagaimanapun, mereka yang ingin masuk perlu melalui beberapa halangan pertahanan, termasuk tiga pintu masuk dikawal rapi, dan bilik ante-room, sebelum kemasukan ke dalam Dewan dibenarkan.

Ia menjadi pusat kuasa Utara bagi Nevilles semasa Perang Ros dan, paling terkenal, Richard Neville (‘Kingmaker’) menahan Edward IV sebagai tahanan di Istana kota Middleham pada tahun 1469. Ramai raja yang lain dikaitkan dengan Middleham, tetapi tidak ada yang lebih sayangkannya berbanding Richard III. Sebagai kanak-kanak dia tinggal selama beberapa tahun 'bersekolah' di situ di bawah jagaan Earl of Warwick. Dari tahun 1471, apabila Richard mewarisi estate Earl, dia menghabiskan kebanyakan masanya di istana kota tersebut. Setelah turut mengahwini Neville, ia adalah sesuai untuk mereka menjadikan Middleham sebagai kediaman utama mereka. Satu-satunya anak mereka, Edward, dilahirkan di istana kota Middleham dan, malangnya meninggal di sana juga. Henry VII mengambil alih istana kota selepas kematian Richard, dan ia kekal dalam penguasaan Raja (Crown) sehingga 1604, sungguhpun ia jarang diduduki. Pusat pertahanan, kuasa dan politik ini kemudiannya dibiarkan secara perlahan-lahan jatuh menjadi terbiar.

Pautan luar sunting

Koordinat: 54°17′03″N 1°48′25″W / 54.284065°N 1.806900°W / 54.284065; -1.806900