Itihasa
Itihāsa (bahasa Sanskrit) merujuk kepada epik-epik Ramayana dan Mahabharata yang berasal dari negara India.
Sebuah itihāsa menceritakan suatu kisah zaman silam, dan yang telah diturunkan secara lisan sejak turun-temurun. Dengan peredaran masa, kisah-kisah ini telah ditulis. Secara kebetulan, kedua-dua Mahabharata dan Ramayana telah ditulis oleh saksi dan seorang watak dalam epik-epik tersebut. Penulis Ramayana ialah Valmiki dan Mahabharata direkodkan oleh Vyasa. Sehingga kini, kedua-dua epik ini telah mempengaruhi hampir semua bidang kesenian India, seperti kesusasteraan seperti puisi dan sajak, seni lukisan, seni tarian, seni muzik, seni lakonan dan pementasan.
Etimologi
suntingDalam bahasa Sanskrit terma itihāsa इतिहास berasal daripada perkataan iti ha āsa इति ह आस, yang bermaksud "maka, demikian ia berlaku".
Menurut definisi yang diberikan oleh beberapa teks Sanskrit, sesuatu Itihāsa perlu mengandungi topik-topik berkaitan puruṣārtha iaitu Dharma (kebaikan), artha (kekayaan), kama (keinginan), dan Moksha (kebebasan). Ini lazimnya dilakukan secara penceritaan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman purba.[1]
Perkataan 'Itihāsa' dan 'Purana' telah kerap kali disebut dalam teks-teks Veda (contohnya, Atharvaveda 15.6.4[2]; Śatapatha Brāhmaṇa 13.4.3.12[3]; Bṛihadāraṇyaka Upaniṣad 2.4.10)[4].
Pautan Luar
sunting1, A Concise Encyclopaedia of Hinduism, Swam Harshananda (2007), Ramakrishna Math Bangaluru[5], [6]
Rujukan
sunting- ^ http://eoh.rkmathbangalore.org/describe/word/itih%C4%81sa
- ^ https://www.sacred-texts.com/hin/av/index.htm
- ^ https://www.britannica.com/topic/Shatapatha-Brahmana
- ^ https://www.wisdomlib.org/hinduism/book/the-brihadaranyaka-upanishad
- ^ http://eoh.rkmathbangalore.org/describe/word/R%C4%81m%C4%81ya%E1%B9%87a
- ^ http://eoh.rkmathbangalore.org/describe/word/Mah%C4%81bh%C4%81rata