Jab We Met

Jab We Met (Hindi: जब वी मेट; maksud: Apabila Kita Telah Bertemu) ialah sebuah filem komedi romantik Hindi yang dikeluarkan pada tahun 2007. Filem ini diarah dan ditulis oleh Imtiaz Ali serta diterbitkan oleh Dhillin Mehta di bawah syarikat Shree Ashtavinayak Cinevision Ltd dan dibintangi oleh Shahid Kapoor dan Kareena Kapoor. Jab We Met merupakan filem gandingan mereka yang keempat. Dara Singh dan Saumya Tandon membintangi filem ini sebagai watak sampingan.

Jab We Met
Jab We Met.jpg
PengarahImtiaz Ali
PenulisImtiaz Ali
Dihasilkan olehDhillin Mehta
DibintangiShahid Kapoor
Kareena Kapoor
SinematografiS Natarajan Subramaniam
Disunting olehAarti Bajaj (Aarti Kashyap)
Muzik olehPritam
Sanjoy Chowdhury
Irshad Kamil
Diedarkan olehShree Ashtavinayak Cinevision Ltd
Tarikh tayangan
26 Oktober 2007
Durasi tayangan
142 minit
BahasaHindi/Punjabi
Pecah panggungRs. 55 kror[1]

Filem ini mengisahkan tentang pengembaraan seorang gadis berbangsa Punjabi bersama-sama seorang ahli perniagaan yang dijumpainya secara tidak sengaja di dalam sebuah kereta api.

Filem ini dilancarkan pada 26 Oktober 2007 dan mendapat sambutan di luar dugaan[2] serta mencatatkan prestasi super-hit.[3]

RujukanSunting

  1. ^ Verma, Meenakshi. "IFC to invest Rs 150 cr for movie distribution right". Economic Times. Dicapai pada 16 Disember 2008.
  2. ^ Tuteja, Joginder. ""Worldwide JWM shows have increased by 50%" - Imtiaz Ali". Bollywood Hungama. Dicapai pada 16 Disember 2008.
  3. ^ "Box Office 2007". BoxOfficeIndia.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-30. Dicapai pada 16 Disember 2008.

Pautan luarSunting