Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang

(Dilencongkan dari Jabatan Mufti Pulau Pinang)

Jabatan Mufti Pulau Pinang adalah sebuah jabatan yang ditubuhkan di bawah Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Sejarah sunting

Apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada 1 Julai 1959. Pihak Mampu bersama beberapa agensi yang berkaitan telah mengemukakan perakuan berkaitan Jabatan Fatwa melalui kajian penyusunan semula Majlis/ Jabatan Agama Islam di negeri-negeri pada tahun 1984. Kesimpulan cadangan itu supaya Jabatan Mufti atau urusan fatwa perlu diasingkan dari Jabatan Agama Islam dan diberi peranan yang sewajarnya. Maka pada 1 Januari 1997, lahirlah Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan sekarang ini dikenali dengan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang

Senarai Mufti sunting

No. Nama Tahun Khidmat
1 Tuan Guru Sheikh Haji Abdullah bin Haji Ibrahim (Dikenali sebagai Sheikh Abdullah Fahim) 1951-1956
2 Tuan Guru Haji Abdullah bin Ismail (Dikenali sebagai Abdullah Sanap) 1961-1964
3 Datuk Sheikh Haji Adnan bin Sheikh Haji Hashim 1969-1981
4 Tuan Haji Abdul Rashid Haji Hashim 1982-1984
5 Dato’ Haji Mohammad bin Haji Hashim (Dikenali sebagai Ustaz Mad Soghir) 1984-1993
6 Dato’ Syeikh Azmi bin Ahmad 1993-1997
7 Dato’ Seri Haji Hassan bin Haji Ahmad 1997-2014
8 Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim bin Haji Wan Mohd Noor 2014-kini

Lihat juga sunting