Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

agensi kerajaan di Malaysia

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ialah angkatan pertahanan awam di Malaysia yang terletak di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri. Dahulu dikenali sebagai JPA3 atau Rescue 991, kemudian dikenali sebagai JPAM, dan terkini sebagai APM.[1]

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk1939; 85 tahun yang lalu (1939)
JenisKerajaan
Ibu pejabatKuala Lumpur
MotoSedia, Pantas, Berintegriti
Eksekutif Kerajaan
  • Ketua Pesuruhjaya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Agensi induk
Jabatan Perdana Menteri
Laman sesawang
https://www.civildefence.gov.my/

Pengenalan sunting

Di atas kesedaran itu maka dalam tahun 1951 Ordinan Pertahanan Awam telah diluluskan dan dalam tahun 1952 sebuah Jabatan telah ditubuhkan bagi melaksanakan maksud ordinan tersebut. Jabatan tersebut telah diberi nama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Apabila negara mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, tanggungjawab Pertahanan Awam terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Jadual ke sembilan (9) Perlembagaan Malaysia. Berikutan daripada itu maka dalam tahun 1958 Pertahanan Awam menjadi sebagai salah satu unsur tetap Sistem Pertahanan Negara. Dalam tahun 1979, Ordinan Pertahanan Awam (1951) telah dipinda dengan menambah tanggungjawab memberi Khidmat Bantuan Bencana semasa aman sehinggalah ke hari ini.

Fungsi APM adalah:

  • Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan pertahanan awam.
  • Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan Awam angkatan dan perkhidmatan pertahanan awam.
  • Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut.

Moto APM ialah "Sedia, Pantas, Berintegriti".

Mengikut Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) pertahanan awam mengikut keadaan yang terbahagi kepada dua keadaan iaitu samada keadaan aman atau keadaan peperangan.

  • Semasa peperangan

Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh.

  • Semasa aman

Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.

Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

Info APM sunting

 
Kenderaan MAN TG milik APM

Infrastruktur sunting

Setakat tahun 2015, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia mempunyai:

1 Ibu Pejabat, (IPPA)

14 Pejabat Negeri Pertahanan Awam(PNPA),

99 Pejabat Daerah Pertahanan Awam(PDPA),

55 Pejabat Unit Pertahanan Awam(PUPA),

1 Akademi Latihan Pertahanan Awam(ALPHA) dan

3 Pusat Latihan Pertahanan Awam(PULAPA).

di seluruh Malaysia.

Anggota & Pasukan sunting

926,434 Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam(ASPA),

141,953 Anggota Kadet Pertahanan Awam(KAPA),

43,371 Anggota Pasukan Institusi Pertahanan Awam(PISPA),

9,989 Anggota KOR Siswa-Siswa Pertahanan Awam(KOR SISPA),

2,560 Komuniti Civil Defence Emergency Response Team(CDERT-C),

3401 Anggota Civil Defence Emergency Response Team(CDERT-G,S,N) dan

1,519,321 Penglibatan Orang Awam Dalam Latihan Kesiapsiagaan Awam Menghadapi Kecemasan

Sejarah sunting

 
Aset APM dalam perbarisan merdeka

Sejarah kewujudan APM terdiri daripada zaman sebelum dan selepas kemerdekaan:-

Pra Merdeka sunting

Pada tahun 1939, Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British sebagai '"Passive Defence"' yang dibentuk di bawah Emergency Regulation Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah–langkah bagi menghadapi Perang Dunia Kedua. Kemudian pada tahun 1951, Ordinan Pertahanan Awam 1951 (Civil Defence Ordinance 1951) digubal secara rasmi sebagai satu undang–undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu. Setahun kemudian, Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan Ordinan.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting