Jabatan Warisan Negara

Jabatan Warisan Negara (Tulisan Jawi: جابتن واريثن نڬارا) Bermula daripada Bahagian Warisan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (ringkasnya KeKKWa) dan dinaikkan taraf sebagai Jabatan pada 1 Mac 2006. Bertanggungjawab memelihara dan mengekalkan warisan negara seperti yang termaktub di dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Jabatan Warisan Negara
جابتن واريثن نڬارا
Coat of arms of Malaysia.svg
Kerajaan Malaysia
Gambaran keseluruhan
Dibentuk1 Mac 2006; 14 tahun yang lalu (2006-03-01)
JenisKerajaan
Ibu pejabatBlok A & B, Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, 50050 Kuala Lumpur
Kakitangan204 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 16,382,100 (2018)
Eksekutif Kerajaan
  • Haji Mesran Mohd Yusop, Ketua Pengarah
Agensi indukKementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Dokumen-dokumen penting
  • Akta Warisan Kebangsaan 2005
Tapak webwww.heritage.gov.my

Fungsi utama Jabatan Warisan Negara adalah :

  • Menguatkuasakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005
  • Mendaftarkan warisan negara ke dalam Daftar Warisan dan Daftar Warisan Kebangsaan
  • Memelihara dan memulihara warisan negara
  • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan warisan
  • Mendokumentasi dan menerbitkan hasil kajian serta bahan-bahan rujukan berkaitan warisan
  • Merancang, melaksanakan dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan warisan
  • Mengadakan jaringan kerjasama dengan agensi-agensi dari dalam dan luar negara berkaitan warisan.

Pautan luarSunting