Jahabar Sadiq adalah seorang wartawan, penyunting dan penulis warga Malaysia. Beliau adalah antara pengasas portal berita The Malaysian Insider dan kemudiannya The Malaysian Insight.

Pendidikan sunting

Beliau mendapat pendidikan menengah di St. John's Institution di Kuala Lumpur.

Kerjaya sunting

Jahabar memulakan kerjanya di New Straits Times pada tahun 1988, sebelum bekerja di Reuters dari 1998 sehingga 2009.

Pada tahun 2010, beliau dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif portal berita The Malaysian Insider (TMI) yang merupakan antara laman web terpopular di Malaysia pada awal 2010-an.

Setelah TMI berhenti beroperasi, beliau kemudiannya mengasaskan satu lagi porta berita The Malaysian Insight pada tahun 2017.

Buku sunting

Jahabar merupakan penulis buku Kandaqstan terbitan Matahari Books, iaitu sebuah imprint kepada Buku FIXI.