Jalan Negeri Kedah K253

Jalan Negeri Kedah K253 (Jalan Kampung Baru) ialah jalan negeri berstatus biasa yang terletak di bahagian utara Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K253 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 3.376 kilometer (2.1 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Padang Halban di barat dan Kampung Lembah Keriang di timur.[3]

Jalan Negeri Kedah K253
Jalan Kampung Baru
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang3.38 km[1] (2.10 mi)
Simpang utama
Hujung barat E1 E1 / FT1 di Kampung Padang Halban
Persimpangan utama
Hujung timur FT276 di Kampung Lembah Keriang
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Negeri K253 bermula sebagai kilometer sifar di perkampungan Kampung Padang Halban, hanya di selatan pusat bandar Changlun, dalam pecahan pentadbiran barat Mukim Temin, di simpang tiga Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara (bertindih dengan Jalan Persekutuan 1), lebuh raya ekspres utama di Malaysia, di kilometer 10.6–10.7. Persimpangan ini dikawal oleh lampu isyarat berserta papan tanda lalu lintas. K253 akan melalui kawasan sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun, lalu membuat lintasan sebanyak dua kali dengan dua sungai yang berbeza, yang pertama ialah Sungai Temin dan yang kedua ialah Sungai Mati (atau Sungai Titi Serong). Lintasan Sungai Titi Serong akan meninggalkan zon bandar Changlun, dan memasuki kawasan pinggir bandar Kampung Belukar. Terdapat simpang ke Jalan Negeri K16 (Jalan Kampung Perik), jalan negeri utama di Kedah. Di samping itu juga, K253 akan bertindih dengan K16 dari kilometer sifar K253 di FT1/E1 sehingga di simpang ini, di mana K16 yang menjunam ke selatan menuju ke Kuala Nerang manakala K253 akan dilanjutkan ke timur.[3][4]

K253 akan melalui kawasan pertanian sawah padi yang ditanam oleh penduduk sekitar, dan kawasan luar bandar Kampung Belukar dan Kampung Kubang Kayu. Ia akan berkelok secara melengkung ke utara, berdekatan dengan Kampung Bendang Cherok, menuju ke simpang tiga Jalan Negeri K252 (Jalan Bendang Tok Leh–Batu 15) di Kampung Baru. Selepas melepasi simpang K252, K253 akan melalui kawasan perkampungan KampungBaru, terdapat banyak simpang jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) seperti Lorong Dewan Satu, Lorong Haji Syed Ali, Lorong Surau 1, Lorong Surau 2, Lorong Haji Bahari, Lorong Haji Said, kemudian melepasi Surau Kampung Baru dan tiba di penamat timurnya. Penamat timur K253 akan bertemu dengan FT276 (Jalan Lama Changlun), berdekatan dengan lot-lot perniagaan Taman Damar, di selatan Kampung Lembah Keriang.[3][4]

Secara keseluruhan, hampir kesemua jajaran Jalan Negeri K253 yang telah diwarta terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Temin.[2] Bagi untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K253 terletak di Zon 2 selian JKR Daerah Kubang Pasu.[5] K253 juga merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K253 dikenali sebagai Jalan Changlun/Kampung Belukar/Kampung Baru dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Senarai persimpangan sunting

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Padang Halban0.00    E1 / FT1Jitra, Bukit Kayu Hitam, Kampung GuarPenghujung barat;
Pertindihan K16 mula
0.55Jambatan Sungai Temin
Kampung Belukar0.70Jambatan Sungai Mati
0.85 K16 K16Kuala Nerang, Kampung Perik, Kampung DaratPertindihan K16 tamat
Kampung Baru2.70 K252 K256Kampung Changkat Setol, Kampung Changhai
Kampung Lembah Keriang3.38  FT276Bukit Kayu Hitam, Sintok, UUMPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b c Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  5. ^ a b JKR Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 2)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2023. Dicapai pada 25 Januari 2023.