Jalan Negeri Kedah K257

Jalan Negeri Kedah K257 (Jalan Kampung Siputih) ialah jalan negeri berstatus biasa yang terletak di bahagian utara Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K255 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.46 kilometer (1.5 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Siputeh di barat dan Kampung Padang Sera di timur.[3]

Jalan Negeri Kedah K257
Jalan Kampung Siputih
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang1.06 km[1] (0.66 mi)
Simpang utama
Hujung baratKampung Siputeh
Hujung timur FT176 di Kampung Padang Sera
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Negeri K257 bermula sebagai kilometer sifar di kawasan perkampungan Kampung Padang Sera, di mana K257 bertemu dengan Jalan Persekutuan 175 (Jalan Kodiang), di hadapan Sekolah Kebangsaan Siputeh. K257 merupakan jalan akses utama ke empat kawasan perkampungan sekaligus, iaitu Kampung Pulau, Kampung Puteri Lindungan Bulan, Kampung Seberang Siputeh dan Kampung Siputeh dan sebagai jalan pelancongan ke Makam Puteri Lindungan Bulan. K257 akan melintasi dua terusan buatan manusia, iaitu terusan pertama dari Terusan Lana Bulu dan terusan kedua bernama Sungai Pering, yang bermuara di Sungai Perlis, berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jerlun. Lintasan terusan pertama meruapakan sempadan antara Bandar Padang Sera, di Mukim Ah dan Mukim Pering. Lintasan kedua iaitu lintasan Sungai Pering merupakan sempadan Kampung Siputeh. Selepas melepasi lintasan itu, terdapat sebuah jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) ke Makam Puteri Lindungan Bulan serta kawasan perkampungan Kampung Puteri Lindungan Bulan. K257 akan tamat di simpang tiga jalan tanpa nama di Kampung Siputeh.[3][4]

Secara keseluruhannya, jajaran Jalan Negeri K257 yang telah diwarta terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Ah dan Mukim Pering.[2] Bagi untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K257 terletak di Zon 4 selian JKR Daerah Kubang Pasu.[5] K257 juga merupakan jalan raya tunggal timur–barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K257 dikenali sebagai Jalan Padang Sera/Siputih dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Senarai persimpangan sunting

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Padang Sera0.00  FT176Jitra, Kodiang, Kodiang, Kampung PutatPenghujung timur
0.50Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun
Kampung Siputeh0.85Makam Puteri Lindungan Bulan, Kampung Puteri Lindungan Bulan
1.06Jalan Kampung Siputeh – Kampung Pulau, Kampung Seberang SiputehPenghujung barat
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  5. ^ a b JKR Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 4)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Februari 2023. Dicapai pada 25 Januari 2023.