Jalan Negeri Kedah K268

Jalan Negeri Kedah K268 (Jalan Palas–Kampung Tanjong atau Jalan Paya Pahlawan) ialah jalan negeri berstatus biasa yang terletak di bahagian utara Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K268 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 3.75 kilometer (2.3 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Tanjong di utara dan Kampung Palas di selatan.[3]

Jalan Negeri Kedah K268
Jalan Palas–Kampung Tanjong
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang3.75 km[1] (2.33 mi)
Simpang utama
Hujung utara K276 di Kampung Tanjong
Hujung selatan K276 di Kampung Palas
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Negeri K268 bermula sebagai kilometer sifar di kawasan perkampungan Kampung Palas, salah satu kampung di Mukim Binjal, Daerah Kubang Pasu. Ia bersimpang dengan Jalan Negeri K276 (Jalan Kelubi–Kampung Tanjung), lalu menelusuri kawasan pertanian sawah padi. K268 akan menuju ke barat daya, melalui kawasan Kem Paya Pahlawan, merentasi sebatang saliran tanpa nama, lalu bersimpang dengan Jalan Bendahara, iaitu jalan akses ke kawasan perkampungan tersusun Kampung Tradisi Paya Pahlawan. K268 akan melalui kawasan perumahan Taman Paya Pahlawan lalu membengkok ke utara. Di lengkok ini terdapat simpang jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) ke Kampung Kubu.[3][4]

Bermula dari sini, K268 akan merentasi kawasan perhutanan hijau kecil, di samping menelusuri kaki bukit Bukit Berangan menuju ke Kampung Bukit Berangan. K268 akan membuat lengkok ke timur laut pula, berdekatan dengan Surau Kampung Bukit Berangan, kemudian melengkung runcing berdekatan simpang jalan kampung ke kawasan pertanian Kampung Binjal. Di lengkung runcing ini, K268 telah memasuki kawasan perkampungan Kampung Bukit Beruas, lantas tiba penamat utaranya, di selatan kawasan Kampung Tanjong, bersimpang dengan jalan negeri yang sama, iaitu Jalan Negeri K276.[3][4]

Secara keseluruhannya, hampir kesemua jajaran Jalan Negeri K268 yang telah diwarta terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Binjal.[2] Bagi untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K268 terletak di Zon 2 selian JKR Daerah Kubang Pasu.[5] K268 juga merupakan jalan raya tunggal utara-selatan dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K268 dikenali sebagai Jalan Kampung Palas/Kampung Bukit Berangan/Kampung Tanjong dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Senarai persimpangan sunting

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Tanjong0.00  K276Kampung Binjal, Kampung NatoiPenghujung utara
Kampung Palas3.75  K276Kampung Perupok, Kampung KelubiPenghujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b c Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  5. ^ a b JKR Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 2)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2023. Dicapai pada 25 Januari 2023.