Jalan Negeri Kedah K664

jalan negeri di Kedah, Malaysia

Jalan Kampung Nelayan (Laluan Negeri Kedah K664) ialah jalan negeri yang terletak di barat Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K664 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.69 kilometer (1.1 bt),[1] menghubungkan Pekan Tanjung Dawai di utara dengan Kampung Bagan Asam di selatan dengan melalui kawasan Perumahan Muafakat Nelayan Kedah, Kampung Haji Man dan Kampung Nelayan.[4][5]

Jalan Negeri Kedah K664
Jalan Kampung Nelayan
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda
Panjang1.69 km[1] (1.05 mi)
Simpang utama
Hujung utaraPekan Tanjung Dawai
Persimpangan utama Jalan Singkir–Tanjung Dawai
Hujung selatanKampung Bagan Asam
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Kampung Nelayan bermula di persimpangannya dengan Jalan Singkir–Tanjung Dawai (Laluan Negeri Kedah K161), di utara Pekan Tanjung Dawai berdekatan dengan Kampung Huma. Ia akan menuju ke barat menuju ke Kampung Nelayan, melalui kawasan perhutanan hijau. Ia akan membengkok ke arah tenggara apabila di Kampung Haji Man. Selepas melepasi kampung tersebut, K664 akan bersimpang dengan Jalan Nelayan 1; destinasi utamanya ialah Perumahan Muafakat Nelayan Kedah Tanjung Dawai. Kira-kira 550 meter (0.3 bt) dari simpang Jalan Nelayan 1, K664 akan bersilang dengan jalan tanpa nama di Kampung Nelayan. Jalan Kampung Nelayan (K664) berakhir dengan persilangan dengan jalan negeri yang sama di Kampung Bagan Asam, berdekatan dengan Masjid Haji Zainuddin (atau juga dikenali sebagai Masjid Tanjung Dawai).[4][5][6]

Secara keseluruhan, Laluan K664 ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong dan terletak di bawah pentadbiran satu mukim di Daerah Kuala Muda iaitu, Mukim Merbok.[2]

Persimpangan utama sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[5][6]DestinasiCatatan
Pekan Tanjung Dawai0.00  K161Kampung Sungai Pial, Merbok, Sungai PetaniPenghujung utara
Kampung Nelayan0.90Jalan Nelayan 1 — Perumahan Muafakat Nelayan Kedah
1.40Jabatan Kastam Diraja Malaysia Penguatkuasaan/Marin Tanjung Dawai
Kampung Bagan Asam1.69  K161 — LKIM Tanjung Dawai, Tanjung Dawai, MerbokPenghujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ @JKRKMS (29 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 7 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
  4. ^ a b Bahagian Kejuruteraan JKR (2003). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-04-20. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  5. ^ a b c "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  6. ^ a b Google Inc (25 Januari 2022). "Peta Laluan Negeri Kedah K664" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Februari 2022.

Pautan luar sunting