Jalan Negeri Kedah K669

Jalan Simpang Taman Sejati–Kilang Makau (Laluan Negeri Kedah K669) ialah jalan negeri yang terletak di selatan Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K669 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.24 kilometer (1.4 bt),[1] menghubungkan Kampung Matang Gedong di utara dengan Kampung Kilang Makau di selatan dengan melalui kawasan perumahan Taman Seri Gedong, Kampung Belukar, Kampung Pulau Tengah, Taman Kempas Fasa Tiga dan Taman Kempas Fasa Satu.[4][5] Ia juga dikenali sebagai Jalan Kempas.

Jalan Negeri Kedah K669
Jalan Simpang Taman Sejati–Kilang Makau
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda
Panjang2.24 km[1] (1.39 mi)
Simpang utama
Hujung utaraKampung Matang Gedong
Persimpangan utama Jalan Lencongan Timur
K162 Jalan Batu 41–Sidam
Hujung selatanKampung Kilang Makau
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Simpang Taman Sejati–Kilang Makau bermula di persimpangan Taman Sejati dengan Jalan Lencongan Timur (Laluan Persekutuan 225), di Kampung Matang Gedong. Ia akan menuju ke selatan untuk memasuki Taman Seri Gedong, melewati kawasan perumahan dan komersial. Di Kampung Belukar, laluan K669 akan bersilang dengan jalan perumahan ke Taman Kempas Fasa Tiga. Jalan Simpang Taman Sejati–Kilang Makau akan melintasi bawah Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara (E1) dan seterusnya akan membengkok tajam ke barat daya; kira-kira 1 kilometer (0.62 bt) dari penghujung utara berhampiran dengan Kampung Pulau Tengah dan Taman Kempas Fasa Satu. Jalan Simpang Taman Sejati–Kilang Makau (K669) berakhir dengan persilangan dengan Jalan Batu 41-Sidam (Laluan Negeri Kedah K162) berdekatan dengan kawasan perindustrian di Kampung Kilang Makau.[4][5][6]

Secara keseluruhan, Laluan K669 ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong dan terletak di bawah pentadbiran satu mukim di Daerah Kuala Muda iaitu, Mukim Pinang Tunggal.[2]

Persimpangan utama sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[5][6]DestinasiCatatan
Kampung Matang Gedong0.00  FT225Sungai Petani, Kuala Lumpur, Taman SejatiPenghujung utara
Kampung Belukar0.50Taman Kempas Fasa Tiga
Kampung Kilang Makau3.40 K162 K162Kampung Padang Buloh, Butterworth, Pinang TunggalPenghujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ @JKRKMS (29 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 7 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
  4. ^ a b Bahagian Kejuruteraan JKR (2003). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-04-20. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  5. ^ a b c "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  6. ^ a b Google Inc (25 Januari 2022). "Peta Laluan Negeri Kedah K669" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Februari 2022.

Pautan luar sunting