Jalan Negeri Kedah K748

Jalan Negeri Kedah K748 (dikenali sebagai Jalan Banggol Sadang dan Jalan IADP RISDA/Pertanian Kampung Banggol Sadang) ialah jalan negeri timur laut–barat daya yang terletak di Daerah Baling, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2][3] Pewartaan jalan negeri ini terletak di bahagian tengah Daerah Baling dalam zon Mukim Pulai. Penghujung barat K748 terletak di K719 di Kampung Charok Sikin manakala penghujung timurnya terletak di K15 di Kampung Sungai Limau,[4] dengan panjang jajarannya mencecah 3.4 kilometer (2.1 bt).[1][2]

Jalan Negeri Kedah K748
Jalan Banggol Sadang
Jalan IADP RISDA/Pertanian Kampung Banggol Sadang
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Baling
Panjang3.40 km[1] (2.11 mi)
Simpang utama
Hujung barat K719 di Kampung Charok Sikin
Hujung timurK15 K15 di Kampung Sungai Limau
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

K748 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Charok Sikin, di simpang tiga K719 (Jalan Gua Raban–Charok Bemban). Jalan raya ini akan membengkang-bengkok bermula di bangunan belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Ketil sehingga di simpang sebatang jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD), di samping menelusuri kawasan perkampungan dan belukar di kawasan Kampung Charok Sikin dan Kampung Banggol Sadang. Tatkala, jajaran bengkang-bengkok tamat, K748 bakal melalui kawasan perkampungan Kampung Kubang Panjang. Di sini juga, K748 bakal melewati kawasan pertanian pokok getah. Setelah menjelajah sepanjang 1.4 kilometer (0.9 bt) dari penghujung barat, K748 bakal menuju ke timur laut. K748 bakal merentasi cabang anak sungai dari Sungai Ketil yang bernama Sungai Limau dekat Surau Al-Ariffin di kawasan perkampungan Kampung Sungai Limau. 900 meter dari lintasan Sungai Limau, di kampung yang sama, K748 tamat di pertemuan jajaran lama K15 (Jalan Lama Batu 42–Parit Panjang), dekat Sekolah Menengah Agama (Arab) Annajah.[4][5]

Ringkasnya, jajaran Jalan Negeri K748 yang telah diwarta terletak dalam kawasan luar bandar di tengah-tengah Daerah Baling.[4][5] K748 merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Daerah Baling, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][5] Nama jalan raya bagi K748 yang diwarta dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) ialah Jalan IADP RISDA/Pertanian Kampung Banggol Sadang.[2][3]

Persimpangan utama sunting

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Baling, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[5]DestinasiCatatan
Kampung Charok Sikin0.00  K719Kampung Gua Raban, Kampung Charok BembanPenamat barat
Kampung Sungai Limau3.40 K15 K15Kampung Parit Panjang, Pulai, Kota Baling JayaPenamat timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Baling" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Januari 2020. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b c Kementerian Kerja Raya Malaysia (2016). "MyRoad–Pedia For Public". mygos.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  3. ^ a b Jurutera Daerah JKR Daerah Baling (2022). "Dokumen Sebutharga: Sebutharga Kerja-Kerja Memotong Rumput dan Senggara Sistem Perparitan Serta Lain-Lain Yang Berkaitan di Jalan Negeri (Zon 3) Daerah Baling, Kedah Darul Aman (Pakej 2)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2022. Dicapai pada 24 Januari 2022.
  4. ^ a b c Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  5. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.

Pautan luar sunting