Jalan Negeri Kedah K904

jalan negeri di Kedah, Malaysia

Jalan Teluk Kelian (Laluan Negeri Kedah K904) ialah jalan negeri yang terletak di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Malaysia.[2]

Jalan Negeri Kedah K904
Jalan Teluk Kelian
Laluan K904 dilabelkan dengan warna merah.
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bandar Baharu
Panjang0.53 km[1] (0.33 mi)
Simpang utama
Hujung utaraKampung Telok Kelian
Persimpangan utamaK903 Jalan Teluk Sera
Hujung selatanKampung Teluk Sira
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Gambaran keseluruhan sunting

Jalan Teluk Kelian diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Bandar Baharu dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 0.53 kilometer (0.3 bt),[1] menghubungkan Kampung Telok Kelian di utara dengan Kampung Teluk Sira di selatan.[3] Jenis jalan raya yang digunakan di hampir kesemua bahagian Jalan Teluk Kelian ialah jalan raya tunggal.[4][5]

Permulaan laluan ini terletak di Kampung Teluk Sira, di persimpangannya dengan Jalan Teluk Sera (Laluan Negeri K903). Laluan menuju ke utara melalui kawasan perkampungan. Kira-kira 250 meter (0.2 bt) dari penghujung selatan, laluan ini akan membengkok ke arah barat laut. Di sepanjang laluan ini, tidak ada persilangan utama dengan jalan raya lain. Laluan diteruskan hingga di penghujungnya di Kampung Telok Kelian dengan jalan mati.[3][4][5]

Persimpangan utama sunting

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4][5]DestinasiCatatan
Kampung Teluk Sira0.00 K903 K903Pekan Lubuk BuntarPenghujung selatan
Kampung Telok Kelian0.53Jalan mati di Kampung Telok KelianPenghujung utara
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Bandar Baharu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Bandar Baharu/Kulim, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-07-16. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Bahagian Kejuruteraan JKR (2003). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-04-20. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  5. ^ a b c Google Inc. "Peta Google — K904" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.

Pautan luar sunting