James Wan
James Wan (dilahirkan pada 26 Februari 1977) adalah penerbit, penulis skrip, dan pengarah filem berbangsa cina Malaysia yang dilahirkan di Sarawak, Malaysia. Beliau telah dibesarkan di Australia dan dikenali kerana telah mengarah filem seram Perancis iaitu Saw dan mencipta patung boneka Billy. Beliau juga merupakan pengarah filem Dead Silence, Death Sentence dan Insidious.
James Wan | |
---|---|
Kelahiran | Kuching, Sarawak, Malaysia | 26 Februari 1977
Warganegara | Australia |
Pekerjaan | Pengarah filem, penerbit, penulis skrip |
Tahun aktif | 1998–kini |
Pasangan | Ingrid Bisu (k. 2019) |
Sejarah
suntingWan dilahirkan di Kuching, Sarawak, Malaysia yang berketurunan Cina. Beliau dibesarkan di Perth, Australia Barat pada usia muda. Ia adalah impiannya untuk membuat filem dari usia 11 tahun. Beliau pergi untuk belajar di Royal Melbourne Institute of Technology dan menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seni.
Sebelum menjadi popular dalam industri perfileman, dia membuat filem pertamanya iaitu Stygian bersama Shannon Young, yang telah memenangi 'Best Guerrilla Film' di Festival Filem Underground Melbourne pada tahun 2000.
Beliau kemudiaannya telah bertemu dengan rakan kongsi perniagaan pada masa hadapannya iaitu Leigh Whannell semasa belajar di RMIT. Beliau kemudian bekerjasama mewujud dan mengarahkan filem seram (francais), Saw dengan bantuan Whannell sebagai penulias skrip untuk filem tersebut. Wan dan Whannell mengarah versi pendek filem untuk mempamerkan skrip filem tersebut. Whannell memainkan watak David di dalam filem pendek tersebut dan watak utama sebagai Adam di dalam filem. Ketiga-tiga pengeluar yang melihat filem pendek tersebut dan membaca skrip filem Whannell bersetuju untuk menghasilkan filem itu sebelum Wan dan Whannell mendarat di Los Angeles. Wan dan Whannell memutuskan untuk melepaskan gaji terlebih dahulu sebagai balasan untuk keuntungan filem. Pengembaraan filem dilakukan dengan bajet yang rendah iaitu sebanyak 1.2 juta membuatkan pengeluar berfikir untuk mengeluarkannya terus dalam format DVD. Walau bagaimanapun, Saw telah mencipta rekod francis filem seram yang diluar jangkaan dan pendapatan Wan dan Whannell lebih daripada apa yang mereka ramalkan.
Sejak mecipta francais Saw, Wan dan Whannell telah berkhidmat sebagai pengeluar eksekutif kepada sequel Saw II, Saw III, Saw V, Saw V, Saw VI, dan Saw 3D. Beliau juga sibuk membuat kerja-kerja lain bersama dengan Leigh Whannell. Pada tahun 2007, beliau pergi untuk meluaskan filemnya dengan filem seram lain Dead Silence, dan drama Death Sentence. Setelah bekerja untuk tiga filem terdahulu, Wan memberitahu CraveOnline bahawa dia sudah bersedia untuk "sedikit masa hanya untuk berehat ... tetapi pada masa yang sama saya menggunakan kesempatan ini untuk menulis lagi. " Wan juga telah mengarahkan satu trailer untuk permainan video Dead Space.
Ia telah diumumkan bahawa filem James yang akan datang merupakan adaptasi daripada novel grafik Fall Night mengisahkan penjenayah yang dihantar ke satu penjara Texas yang dikawal oleh Pontianak. Menurut kepada IMDb filem berjudul tersebut berjadul 'Nightfall' bukannya 'Fall Night',ia masih tidak jelas yang mana satu tajuk rasmi bagi filem tersebut. Selain ini, Leigh Whannell telah menyatakan bahawa beliau dan Wan akan menulis satu lagi projek bersama-sama yang dipanggil X Ray dan menyifatkan ia sebagai sebuah filem filem seram yang berlatar belakangkan dunia pada zaman noir. Ia telah dilaporkan juga bahawa projek James Wan yang seterusnya ialah Spectre sebuah filem seram yang menampilkan pelakon Nicole Kidman sebagai teraju utama.
Filem terkininya, Insidious telah ditayangkan di Festival Filem Toronto 2010 dan dikeluarkan menerusi pawagam pada bulan April 2011.
Senarai filem
suntingYear | Film | Director | Producer | Writer | Editor |
---|---|---|---|---|---|
2000 | Stygian | ||||
2003 | Saw (short film) | ||||
2004 | Saw | ||||
2005 | Saw II | ||||
2006 | Saw III | ||||
2007 | Dead Silence | ||||
Death Sentence | |||||
Saw IV | |||||
2008 | Saw V | ||||
2009 | Saw VI | ||||
2010 | Saw 3D | ||||
2011 | Insidious | ||||
2013 | The Conjuring | ||||
Insidious: Chapter 2 | |||||
2014 | Fast & Furious 7 |