Jeanette Biedermann

Jeanette Biedermann (dilahirkan pada 22 Februari 1980), lebih dikenali sebagai Jeanette sahaja, adalah seorang penyanyi-pencipta lagu pop dan pelakon Jerman. Beliau mencapai kejayaan yang cemerlang dalam carta-carta pop Eropah sejak awal 2000-an.

Jeanette Biedermann
Biedermann, 2018
Latar belakang
Nama lahirJeanette Miriam Biedermann
Berasal dariBerlin, Jerman
GenrePop, rock, dance-pop, teen pop, electronica[1]
PekerjaanSinger, songwriter, actress
Tahun aktif1998–kini
Syarikat rakaman
Polydor (1999-2003)
Kuba Music / Universal
(2003-present)
Laman sesawang
JeanetteBiedermann.de

Album pertamanya Enjoy! dibebaskan pada tahun 2000 dan album keduanya Delicious dibebaskan setahun berikut dan memuncak kepada nombor 16 dalam Carta Album Jerman. Album itu disahkan Emas, menampilkan lagu popular How It's Got To Be dan No More Tears. Pada tahun 2002 Jeanette membebaskan album ketiganya Rock My Life (2002) dan ia menjadi album Sepuluh Teratas pertama di Jerman dan juga disahkan Emas. Dia telah membebaskan empat singles Rock My Life, We've Got Tonight, It's Over Now dan Right Now dan kesemuanya berjaya memasuki Sepuluh Teratas dalam Carta Album Jerman. Setahun berikutnya dia membebaskan album ke empatnya Break on Through (Jeanette album) (2003). Album ini merupakan kejayaan terbesarnya di Jerman, Switzerland dan Austria. Ia memasuki 10 Teratas dan merupakan album pertama dengan pengesahan Platinum.[2] Single pertama album adalah Rockin' On Heaven's Floor, memuncak pada nombor 3 di Jerman dan nombor 6 di Austria dan Switzerland.

Jeanette turut memainkan peranan utama dalam siri TV Anna und die Liebe sejak Ogos 2008. Pada tahun 2009 dia kembali ke busines muzik dengan labum baru (ke enamnya) Undress to the Beat (2009). Single pertamanya merupakan smash hit "Undress to the Beat" yang mencapai nombor 6 di negara asalnya.

Rujukan sunting

  1. ^ "Jeanette setzt auf Elektrobeats". November 4, 2009.
  2. ^ "Jeanette Biedermann Biografie".