Jenayah kolar biru
Dalam kriminologi, jenayah kolar biru adalah sebarang jenayah yang dilakukan oleh individu dari kelas sosial yang lebih rendah berbanding dengan jenayah kolar putih yang dikaitkan dengan jenayah yang dilakukan oleh seseorang kelas sosial yang lebih tinggi. Jenayah kolar biru tidak mempunyai klasifikasi undang-undang rasmi. Jenayah-jenayah ini adalah berskala kecil, untuk mendapat keuntungan yang bermanfaat kepada individu atau kumpulan yang terlibat dalamnya. Ini juga boleh termasuk jenayah berkaitan peribadi yang boleh didorong oleh tindak balas segera, seperti semasa pergaduhan atau konfrontasi. Jenayah ini termasuk tetapi tidak terhad kepada: Pengeluaran atau pengedaran narkotik, serangan seksual, kecurian, rompakan, serangan atau pembunuhan..[1]
Rujukan
sunting- ^ "Blue-Collar Crime: Definition, Statistics & Examples - Video & Lesson Transcript | Study.com". Study.com. Dicapai pada 2016-05-17.