Jenis campuran bahan api etanol

Pelbagai jenis bahan api etanol digunakan di seluruh dunia. Kegunaan bahan api etanol tulen adalah mungkin jika enjin kenderaan dibina khusus bagi bahan api tersebut, dan hanya digunakan dalam automobil, lori jenis ringan dan motosikal. Selain itu, etanol kontang (tanpa kandungan air) juga boleh dicampur dengan petrol dan boleh digunakan dalam enjin lazim, melainkan bagi petrol dengan pecahan etanol tinggi yang memerlukan sedikit pengubahsuaian enjin. Campuran bahan api etanol diwakili awalan huruf "E" (etanol) diikuti nombor yang mewakili peratusan pecahan etanol dalam campuan: sebagai contoh, E85 ialah 85% etanol kontang dan 15% petrol.

Rumusan campuran bioetanol lazim di seluruh dunia.

Jenis E10 atau kurang, juga dikenali sebagai gasohol digunakan dalam lebih 20 negara, diketuai Amerika, di mana etanol mewakili 10% bekalan petrol negara pada 2011.[1] Campuran E20 ke E25 telah digunakan di Brazil sejak lewat 1970s. E85 pula biasanya digunakan di Amerika dan Eropah Europe bagi kenderaan bahan api fleksibel. Bahan api etanol tulen, E100 pula digunakan kenderaan-kenderaan jenis khusus di Brazil. Sejenis bioetanol terhidrat, hE15 pula digunakan oleh kereta-kereta petrol di Belanda.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ Renewable Fuels Association (2012-03-06). "Accelerating Industry Innovation - 2012 Ethanol Industry Outlook" (PDF). Renewable Fuels Association. m/s. 10. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-05-14. Dicapai pada 2012-05-06.
  2. ^ BEST Cities and Regions (2009). "BioEthanol for Sustainable Transport: Results and recommendations from the European BEST project" (PDF). Environmental and Health Administration, City of Stockholm. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-09-30. Dicapai pada 2011-05-29.