Jharkhand Mengenai audio inisebutan  (Bahasa Santali: ᱡᱷᱟᱨᱠᱷᱚᱸᱰ, Bahasa Hindi: झारखंड, IPA: [dʒʰaːrkʰəɳɖ]) ialah sebuah negeri di kawasan timur India yang dipisahkan daripada bahagian selatan negeri Bihar pada 15 November 2000. Jharkhand bersempadan dengan negeri Bihar di utara, Uttar Pradesh dan Chhattisgarh di barat, Orissa di selatan, dan Bengal Barat di timur.

Jharkhand
ᱡᱷᱟᱨᱠᱷᱚᱸᱰ
—  state  —
Lokasi Jharkhand
ᱡᱷᱟᱨᱠᱷᱚᱸᱰ
Koordinat 23°25′N 85°20′E / 23.42°N 85.33°E / 23.42; 85.33Koordinat: 23°25′N 85°20′E / 23.42°N 85.33°E / 23.42; 85.33
Negara  India
Daerah 24
Tarikh ditubuhkan 2000-11-15
Ibu negeri Ranchi
Bandar terbesar Ranchi
Gabenor Syed Sibtey Razi
Ketua Menteri Madhu Koda
Perundangan (kerusi) Unicameral (81)
Penduduk

Kepadatan

32,988,134 (13)

414/km2 (1,072/sq mi)

Bahasa rasmi Hindi
Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan 79700 km2 (30772 sq mi)
ISO 3166-2 IN-JH
Laman web www.jharkhand.gov.in

Bandaraya berindustri Ranchi ialah ibu negerinya. Bandaraya-bandaraya utama dan pusat perindustrian lain termasuk Jamshedpur, Bokaro, Sindri, Giridih, Gumla, Simdega, Deoghar, Daltonganj, Hazaribagh dan Dhanbad.

Nama Jharkhand bersempena negeri ini sebagai tanah "jhari" (pokok renek), dan juga kaitannya dengan nama 'Jarakand' (memotong, menetak) yang melambangkan gerakan kebebasan Jharkhand. Jharkhand terkenal kerana hasil perhutanan dan perlombongannya.

Ekonomi Jharkhand kini makin cepat berkembang; kadar kemiskinannya turun 2% setahun dari tahun 1994-2002. Tidak seperti sesetengah negeri India yang lain, pengurangan kemiskinan Jharkhand lebih cepat di kawasan luar bandar berbanding di kawasan bandar. Peratusan kanak-kanak yang diimunkan meningkat dari 9% pada 1998-99 ke hampir 50% kini, menurut UNICEF. Jharkhand telah membolehkan pendidikan awal makin mudah dicapai, maka 95% kanak-kanak berusia 6-11 dimasukkan ke sekolah berbanding 56% pada tahun 1993-94.

Pautan luar sunting