John Moses Browning (21 Januari 185526 November 1926) adalah seorang pereka bentuk [[[senjata api]] Amerika Syarikat yang telah membuat rekaan pelbagai jenis senjata, kartrij, dan mekanik senjata api. Rekaannya banyak digunakan oleh Tentera Amerika Syarikat dan juga oleh angkatan-angkatan tentera yang lain.

John Moses Browning

Browning yang dilahirkan di Ogden, Utah, Amerika Syarikat, boleh dikatakan sebagai salah seorang terutama dalam pembangunan senjata automatik moden. Beliau mempunyai 128 paten berkaitan senjata. Paten pertamanya dikeluarkan pada 7 Oktober 1879.

John membuat senjata api pertamanya pada umur 13 tahun, menggunakan besi buangan. John mengasaskan Syarikat Browning Brothers untuk mereka dan membuat senjata api. Syarikat itu berjaya membuat beberapa inovasi seperti raifal pengisian belakang satu das dalam tahun 1879 dan pistol automatik Browning dalam tahun tersebut. Pistol buatan Browning digunakan untuk membunuh Archduke Ferdinand dalam tahun 1914, peristiwa ini mencetuskan Perang Dunia I. Dalam peperangan itu, mesingan Browning dan raifal automatik Browning (BAR) digunakan dengan meluas.

Sumbangan paling penting beliau adalah reka bentuk gelongsor pistol (pistol slide) yang kini digunakan oleh hampir semua pistol automatik tetapi mula diperkenalkan dalam pistol M1911 buatan Colt dan Fabrique Nationale. Browning juga mereka Colt-Browning M1895 yang merupakan mesingan automatik pertama. Rekaan-rekaannya yang lain yang berjaya adalah mesingan M2 Browning .50 kaliber, raifal automatik Browning, dan senapang Browning Auto-5.

Senjata api rekaan John Browning

sunting
 
Pistol automatik M1911A1 buatan Colt kegunaan Tentera Darat Amerika
  • Colt Model 1895 Peacemaker,
  • Colt Model 1897
  • FN Browning M1899/M1900
  • Colt Model 1900
  • Colt Model 1902
  • Colt Model 1903 Pocket Hammer (.38 ACP)
  • Colt Model 1903 Pocket Hammerless (.32 ACP)
  • Colt Model 1905 (1st .45 ACP)
  • Colt Model 1908 Vest Pocket (.25 ACP)
  • Colt Model 1908 Pocket Hammerless (.380 ACP)
  • FN Model 1910
  • U.S. Model 1911,
  • Winchester Model 1887
  • Winchester Model 1894 Winchester Model 1897
  • Browning Auto-5
  • U.S. Model 1917
  • Model M1911
  • Browning Automatic Rifle
  • Browning M2
  • Browning Hi-Power