Fail:Jotei.jpg


Plot sunting

Tachibana Ayaka (Kato Rosa) adalah seorang pelajar sekolah menengah tinggi. Ayaka dibesarkan oleh ibunya yang memiliki pub kecil di kawasan perumahan mereka. Ibu Ayaka adalah seorang ibu tunggal yang membesarkan Ayaka. Dia dipandang sebagai perempuan murahan kerana kerjanya sebagai pemilik pub yang menggalakkan maksiat. Terdapat juga khabar angin bahawa ibu Ayaka menjual tubuhnya bagi mendapatkan wang lebih.

Ayaka telah dituduh oleh pihak sekolah cuba menggoda Sugino Kenichi (Saito Shota). Kenichi adalah anak ahli politik terkemuka maka Ayaka menjadi mangsa walaupun pada hakikatnya, Kenichi yang cuba merogol Ayaka. Kenichi dan Ayaka saling menyukai satu sama lain tetapi akibat perbuatan Kenichi dan juga tuduhan pihak sekolah kepada Ayaka, Ayaka menjauhkan diri dari Kenichi. Pada masa yang sama, ibu Ayaka telah jatuh sakit dan meninggal dunia.

Ayaka berazam untuk membalas dendam terhadap ayah kandungnya kerana tidak mempedulikan dia dan ibunya. Ayaka memulakan langkahnya untuk menjadi "Permaisuri" kehidupan malam di sebuah kelab malam di Osaka. Bermulalah perjalanan penuh berduri Ayaka. -- Tokyograph

Watak sunting

Pautan Luar sunting