Juinjutsu (Naruto)

Juinjutsu (呪印術, "Teknik Kurung Sumpahan") adalah sejenis jutsu yang digunakan untuk mengawal tindakan seseorang oleh penggunanya. Dengan menggunakan teknik ini ke atas tubuh mangsa, ia akan membolehkan penggunanya untuk mengawal keupayaan dan tindakan mangsanya. Hanya dengan tanda ikatan yang mudah sudah mampu menyeksa keupayaan mental dan fizikal mangsanya. Cara sebenar teknik ini berfungsi adalah tidak diketahui dan masih menjadi rahsia.

Teknik Kurung Sumpahan Orochimaru sunting

  • Nama: Teknik Kurung Sumpahan Orochimaru (大蛇丸の呪印術, "Orochimaru no Juinjutsu")
  • Jenis: Juinjutsu, Kinjutsu, A-rank, Supplementari, Jarak dekat (0-5m)
  • Pengguna: Orochimaru
  • Debut: Episod 30 (Anime), Bab 49 (Manga)

Orochimaru sering menggunakan jampi kurung sumpahan ke atas ramai pengikutnya (begitu juga ke atas semua banduannya). Untuk mengenakan tanda jampi tersebut, Orochimaru perlu menggigit sasarannya. Oleh kerana Orochimaru memiliki taring yang tajam dan leher yang boleh dipanjangkan, ini menjadi suatu perkara yang mudah. Kemudian, tanda tersebut akan muncul pada bahagian tertentu tubuh mangsanya, mengakibatkan mangsa hilang kawalan dan tidak sedarkan diri. Kemudian, sekiranya sasaran berjaya hidup, mereka akan memiliki kekuatan peringkat pertama yang telah diaktifkan dan menjadi panas baran kesan daripada pengaruh tanda jampi tersebut.

Tanda jampi tersebut akan mengakibatkan chakra mangsa dikeluarkan secara paksaan mengakibatkan mangsa terpaksa menggunakan chakra melebihi apa yang mampu ditanggung oleh badan mereka, namun keadaan ini akan meningkatkan daya fizikal oleh kerana kesan daripada peningkatan chakra yang mendadak.

Teknik Kurung Sumpahan Keluarga utama Hyuga sunting

  • Nama: Teknik Kurung Sumpahan Keluarga utama Hyuga (日向宗家の呪印術, "Hyūga Sōke no Juinjutsu")
  • Jenis: Juinjutsu, A-rank, Supplementari, Jarak dekat (0-5m)
  • Pengguna: Keluarga utama Klan Hyuga
  • Debut: Episod 61 (Anime), Bab 102 (Manga)

Teknik kurungan sumpahan ini diberikan kepada semua keluarga utama di dalam klan Hyuga. Ia digunakan untuk mengunci keupayaan Byakugan keluarga samping apabila mereka mati, mengelakkan daripada rahsia tersebut diketahui oleh pihak musuh.