Juliet The Orange merupakan pasangan duo penyanyi wanita Malaysia. Dikenali sebagai Brodwyn di awal kerjaya mereka, duo ini mula dikenali menerusi lagu "Ode From A Psychopath" yang dimuatkan dalam album kompilasi Boys & Girls 1+1=3 (1996). Pada tahun 1999, mereka melancarkan album studio pertama mereka dan terkenal dengan lagu "Eyelash".[1][2][3]

Juliet The Orange
Juga dikenali sebagai
Brodwyn (1996–1999)
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif1996–2001
Syarikat rakaman
Positive Tone
Bekas ahliMarianne Lau Pin Leah
Lam Mei May

Sejarah

sunting

Juliet the Orange ditubuhkan pada 1996 sebagai Brodwyn oleh Marianne Lau Pin Leah dan Lam Mei May. Pasangan duo ini membuat kemunculan pertama mereka melalui album kompilasi Boys & Girls 1+1=3 yang antara lain turut menampilkan Nita (kemudian menjadi peserta Malaysian Idol), Intoxicated, Nice Stupid Playground dan OAG. Lagu "Ode From A Psychopath" telah melonjakkan nama mereka ke persada muzik arus perdana tanahair pada ketika itu.

Pada tahun 1999, mereka telah menukar nama kepada Juliet The Orange, sekaligus tampil dengan album pertama mereka bertajuk sama yang diterbitkan oleh Positive Tone. Single pertama yang dikeluarkan untuk album ini ialah "Eyelash".[4][5] Album ini melayakkan Juliet The Orange memenangi Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-7.[6]

Semenjak itu, mereka aktif membuat persembahan di gig, showcase dan penampilan di televisyen dan radio. Walau bagaimanapun, hanya selepas 5 tahun menempa nama dalam industri muzik, Juliet The Orange dibubarkan pada pertengahan 2001. Dalam satu temubual, kedua-dua ahli kumpulan itu, Marianne dan Mei May kemudian menyatakan bahawa bidang muzik bukan kerjaya pilihan selain melihat tiada jaminan masa depan.

Diskografi

sunting

Album studio

sunting
Tajuk Butiran album
Juliet The Orange

Album kompilasi

sunting
Tajuk Butiran album
Boys & Girls 1+1=3
  • Dikeluarkan: 1 Januari 1996
  • Label: Positive Tone, EMI
  • Format: CD, kaset

Single

sunting
Tajuk Tahun
"Ode From A Psychopath" 1996
"Eyelash" 1999

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2000 Anugerah Industri Muzik ke-7 Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik Juliet The Orange Menang

Rujukan

sunting
  1. ^ "Remember Juliet The Orange's Eyelash?" [Ingat lagu Eyelash Juliet The Orange?] (dalam bahasa Inggeris). Writelah. 15 Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2019. Dicapai pada 24 Julai 2019.
  2. ^ Marina Abdul Ghani (23 Oktober 1999). "'The music chooses us'" ['Muzik memilih kami'] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 30 November 2020.
  3. ^ Loshini Catherine John (23 Februari 2000). "Beautiful tunes, haunting melodies" [Alunan indah, melodi mendayu-dayu] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 12 Disember 2020.
  4. ^ Wilson Henry (23 Januari 2000). "Odes of orange" [Oda oren] (dalam bahasa Inggeris). Sunday Mail. Dicapai pada 12 Disember 2020.
  5. ^ Gerald Martinez (23 Januari 2000). "Impressive debut by local lasses" [Penampilan sulung yang mengagumkan oleh gadis tempatan] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 12 Disember 2020.
  6. ^ "Juliet The Orange tewaskan artis lelaki". Harian Metro. 19 April 2000. Dicapai pada 12 Disember 2020.

Pautan luar

sunting