Jumaat-13 (atau Jumaat ke-13) (Bahasa Inggeris Harfiah: Friday the 13th) dianggap sebagai hari malang dalam kepercayaan karut Barat. Ia berlaku apabila hari ke-13 dalam kalendar Gregorian jatuh pada hari Jumaat, yang berlaku sekurang-kurangnya sekali setiap tahun tetapi boleh berlaku sehingga tiga kali dalam tahun yang sama. Sebagai contoh, 2015 mempunyai hari Jumaat bertarikh 13 pada bulan Februari, Mac dan November, yang akan berlaku semula pada 2026; 2017 hingga 2020 mempunyai dua hari Jumaat 13hb, begitu juga 2023; 2016, 2021 dan 2022 hanya mempunyai satu hari Jumaat ke-13, begitu juga 2025, 2027 dan 2028; 2024 akan mempunyai dua hari Jumaat 13hb.

Sebulan mempunyai hari Jumaat ke-13 jika dan hanya jika ia bermula pada hari Ahad.