K.Sujatha adalah pelakon dan model Tamil . Prosiding mencari kebenaran masih diteruskan di Mahkamah Koroner Kuala Lumpur di hadapan koroner Mohd Faizi Che Abu.

Mati minum racun sunting

Kematian Sujatha pada 25 Jun 2007 pada usia 28 tahun, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, enam hari selepas dimasukkan kerana didakwa terminum racun parakuat.

Dr K. Saravanan dari Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah mengarahkan seorang pembantu perubatan memberikan mayat Sujatha kepada waris pada 25 Jun, 2007, selepas diberitahu punca kematian telahpun dicatatkan dalam permit pengembumian.Bedah siasat tidak dijalankan jika punca kematian telah disahkan oleh doktor di wad hospital dan pengawai penyiasat menerima atau berpuas hati dengan hasil penemuan doktor.Mayat telah dilepaskan walaupun polis telah mengeluarkan Borang POL 63. Jabatan Forensik telah mematuhi Borang POL 63 dengan menjalankan bedah siasat.

Peguam Datuk K. Kumaraendran, yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Maika Holdings, S. Vell Paari, mendesak mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap S.Manikavasagam bagi mendapatkan cerita versi beliau.[1]


Keterangan S. Manikavasagam sunting

Pada 9 Julai 2009, S. Manikavasagam, ahli parlimen Kapar memberi keterangan di mahkamah.Pada 25 Julai 2007, seorang lelaki India menghubunginya melalui telefom bimbit mendakwa dirinya telah menghantar dua surat mengandungi maklumat mengenai kematian Sujatha dan mahu beliau melaporkannya kepada polis. Pada 27 Julai 2007 Manikavasagam membuat laporan polis selepas menerima dua pucuk surat tanpa tandatangan dan dua keratan laporan akhbar dalam bahasa Tamil yang mendakwa wujud unsur jenayah dalam kematian . Ibu Sujatha menelefon dari pejabat PKR di Ipoh, tiga bulan selepas Manikavasagam membuat laporan polis bertanyakan sama ada bedah siasat telah dilakukan terhadap mayat Sujatha.Beliau mendakwa Ketua Polis Daerah Sentul ACP K. Kumaran cuba menutup kes itu.[2]

Rujukan sunting