KD Kedah adalah kapal peronda luar pesisir kelas Kedah milik Tentera Laut Diraja Malaysia. Ia ditugaskan pada 5 Jun 2006. Ia dibina oleh syarikat Jerman dengan pemindahan teknologi kepada syarikat tempatan untuk membolehkan kapal seterusnya dalam kelas ini dibina di dalam negara. Ia dipersenjatai dengan sebuah meriam Oto Melara 76mm dan sebuah meriam Breda Mauser 30mm. Nama Kedah diambil daripada sebuah negeri yang terletak di dalam Malaysia.[1]

Model KD Kedah ketika pameran

Rujukan sunting