SAINS FC

(Dilencongkan dari KSR SAINS)

Kelab Bola Sepak Syarikat Air Negeri Sembilan atau SAINS FC (sebelum ini Kelab Bola Sepak Kelab Sukan dan Rekreasi Syarikat Air Negeri Sembilan atau KSR SAINS) ialah sebuah kelab bola sepak amatur Malaysia yang berpusat di Seremban, Negeri Sembilan. Ia dikendalikan oleh Kelab Bolasepak KSR SAINS. Kelab ini kini bermain di divisyen ketiga dalam sistem liga bola sepak Malaysia iaitu Liga M3 Malaysia.[1][2]

SAINS F.C.
Nama penuhKelab Bola Sepak Syarikat Air Negeri Sembilan
Diasaskan
  • 2022 (sebagai SAINS FC)
  • 2016 (sebagai KSR SAINS)
StadiumStadium Tuanku Abdul Rahman
(Kapasiti: 45,000)
JurulatihSyed Mazlan Syed Zubir
LigaLiga M3 Malaysia
2020Liga M3 Malaysia (musim ditunda)
Tapak sesawangLaman kelab

Sejarah Sunting

Pasukan bola sepak KSR Sains telah ditubuhkan pada 2016[3]. Pada asalnya, ia ditubuhkan untuk memberi peluang kepada kakitangan SAINS menonjolkan bakat mereka dan membawa nama SAINS di dalam arena bola sepak negara. KSR Sains mula menghantar pasukan bola sepak bagi perlawanan bola sepak tempatan Malaysia iaitu Liga Malaysia pada 2018. Pada 2019, kelab ini menang dalam liga divisyen keempat (Liga M4) bagi Liga Piala Presiden PBNS dan layak untuk bertanding ke divisyen ketiga, Liga M3 Malaysia.[4]

Penstrukturan semula liga bola sepak Malaysia memerlukan pendaftaran secara rasmi badan pengurus pasukan di bawah Jabatan Pendaftaran. Maka, pada Mei 2020, Kelab Bola Sepak Syarikat Air Negeri Sembilan telah disahkan penubuhan. Pada 2022, pasukan KSR Sains telah ditukarkan nama kepada SAINS FC beserta penggunaan logo baharu.

Pemain Sunting

Skuad pertama Sunting

Sehingga 7 Mac 2020[5]
No. Posisi Pemain
1   GK Hawari Aris
2   DF Azizul Hamzah
3   DF Tengku Qayyum
4   DF Faqrul Nazmi Fadil
5   MF Yosri Derma Raju
6   DF Segar Arumugam
7   FW Naqiuddin Amran
8   FW Firdaus Azizul
9   FW Suhaili Abd Rahman
10   FW Hafiz Zulkarnain Hafizamuddin
11   FW Khaizil Jasmi
12   DF Radzuan Lizam Mahat
No. Posisi Pemain
13   FW Norfaizzal Faroq Zaharuddin
15   MF Azari Derma Raju
16   MF S. Gevanesh a/l Santhira Mohan
17   MF Zulhemi Roslan
18   MF K. Ravindran
19   MF Raphi Azizan
20   MF Amirul Afiq Abdul Majid
21   DF Sesoo a/l Moses
23   GK Fauzi Jalal
25   DF Azrizan Derma Raju
30   GK Jibrail Kamaron Baharin

Kumpulan pengurusan Sunting

Pengurusan kelab Sunting

  • Presiden : Mislan Miskam
  • Penasihat : Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun
  • Pengurus : Mohamad Afif Anuar

Kejurulatihan Sunting

  • Ketua Jurulatih : Hamizar Hamzah
  • Penolong Ketua Jurulatih : Mohd Tarmizi Mohamed Hanifah
  • Jurulatih Kecergasan : Mohd Kamil Ujang
  • Jurulatih Penjaga Gol : Fadli Mohd Faksi @ Mohd Fauzi
  • Fisio : Muhammad Azri Mohammad Raffi
  • Kit Man : Mohd Radzuan Lizam Mahat
  • Local General Coordinator : Muhammad Azriq Ramli

Kejuaraan Sunting

Liga Sunting

  • Liga M4 Malaysia
    •   Juara play-off (1): 2019
  • Piala Presiden
    •   Juara (1): 2019
      • Naib Juara (1): 2018

Rujukan Sunting

  1. ^ "KSR Sains mahu melangkah jauh". Sports247.
  2. ^ "KSR Sains sedia hadapi Cabaran Liga M3 musim 2020". Makan Bola.
  3. ^ "Sains FC sasar kelompok empat terbaik". AFL (dalam bahasa Inggeris). 2023-02-28. Dicapai pada 2023-08-10.
  4. ^ "Liga M3 2020 KSR Sains tak mahu jadi pasukan cukup syarat". Semuanya Bola.
  5. ^ "Senarai Pemain KSR Sains 2020". Football Association of Malaysia.

Pautan luar Sunting