Kabut merupakan awan yang bersentuh dengan tanah, ia merujuk kepada keadaan kabus yang tebal. Kabut berbeza dari kabus cuma dari segi ketumpatannya. Kabut ditakrifkan sebagai awan yang mengurangkan darjah penglihatan kepada kurang dari 1 km, manakala kabus 2 km.

Kabus di Tower Bridge, London
Kabut di Jambatan Golden Gate, San Francisco

Tempat yang paling berkabut di dunia adalah Grand Banks di lepas pantai pulau Newfoundland, Kanada. Hal ini disebabkan tempat ini merupakan pertemuan arus Labrador yang dingin dari utara dengan arus Teluk yang hangat dari selatan. Daratan yang paling berkabut di dunia terletak di Point Reyes, California dan Argentia, Newfoundland, yang diselimuti kabut lebih daripada 200 hari dalam setahun.

Bahaya

sunting

Kabut mengurangkan darjah penglihatan dan boleh menyebabkan kemalangan. Walaupun kebanyakan kapal laut dan kapal terbang mempunyai radar, ia masih bahaya jika cuba berlabuh atau mendarat. Kenderaan darat pula bukan sahaja menghadapai risiko terlanggar kenderaan lain, malah tidak dapat mengelakkan risiko tergelincir dari jalan.

Lihat juga

sunting