Kajian profil remaja perempuan risiko tinggi - UKM

Kajian profil remaja perempuan risiko tinggi merupakan satu kajian yang dijalankan oleh Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Khaidzir Ismail pada 26 Feb 2007. [1]

Kajian selama tiga bulan itu bermula dari Oktober 2006 dan berakhir pada Disember 2006 itu membabitkan pelajar menengah terdiri daripada Tingkatan Satu hingga Lima. Seramai 20 orang pelajar berisiko tinggi daripada setiap sekolah dipilih kaunselor sekolah masing-masing sebagai responden. Kebanyakan daripada mereka datangnya dari kalangan keluarga bermasalah dan tinggal di rumah setinggan. Kajian tersebut diminta oleh Institute Perkembangan Minda (Inmind).

Hasil laporan awal yang mendapati daripada 887 pelajar perempuan yang diwawancara, hampir kesemuanya kecuali seorang mengaku pernah melakukan hubungan seks. Hasil kajian awal ini adalah selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Durex Global Sex Survey 2004 Diarkibkan 2006-04-09 di Wayback Machine yang mendapati usia purata remaja wanita Malaysia melakukan hubungan seks kali pertama adalah 19 tahun. Manakala satu lagi kajian menunjukkan di Malaysia seawal usia 12 tahun telah pernah melakukan hubungan seks. [2][pautan mati kekal]

Bagaimanapun laporan ini mendapat kecaman politik yang hebat. Pada 15 March 2007, laporan tersebut ditarik balik dengan mendakwa berlaku kesilapan kemasukan kod dan jumlah sebenar hanyalah pada kadar 3%. Pembetulan ini ternyata agak aneh kerana ia bertentangan dengan trend kajian lain, dalam atau di luar negara. Malah Malaysia pernah gempar dengan adegan lucah rakaman remaja melakukan hubungan seks rambang berleluasa suatu masa dahulu. Ini menunjukkan hubungan seks dikalangan remaja adalah lebih meluas dari apa yang diakui.

Sebagai contoh, kajian menyeluruh menunjukkan sekitar 10% wanita melakukan hubungan luar nikah. Oleh itu sekiranya hanya 3% pelajar bermasalah melakukan hubungan luar nikah, perbezaan 7% itu pastinya ditampung oleh pelajar tidak bermasalah. [3][pautan mati kekal] Dengan itu secara tidak lansung, penafian itu menunjukkan peratusan pelajar tidak bermasalah yang melakukan hubungan luar nikah adalah lebih tinggi berbanding pelajar bermasalah.

Selain itu, penafian itu juga menjadikan sebarang langkah pencegahan kurang mendapat sokongan kerana sekiranya masyarakat berpendapat hanya 3% dari pelajar bermasalah melakukan hubungan luar nikah, kadar tersebut pastinya lebih rendah dikalangan pelajar normal. Oleh itu tidak perlu diadakan langkah pencegahan.

Pautan luar sunting