Kampung Suri, Debak

Kampung Suri, 95500 Daerah DEBAK sunting

Kampung SURI Debak merupakan sebuah perkampungan Melayu di dalam Daerah Debak yang terletak di kawasan berhampiran laluan jalanraya Daerah Debak berdekatan dengan laluan antara Kampung Tuie Debak dan berdekatan jalanraya dari Pekan Debak ke Kampung Bungin Debak. Hampir semua pekan dan kampung di bawah seliaan Daerah Debak terletak di kawasan berbukit. Kampung Melayu ini terletak berdekatan dengan Masjid baharu Daerah Debak yang telah memulakan proses pembinaan pada Februari 2023 yang memakan kos sebanyak RM 12 Juta Ringgit dan akan menjadikannya Masjid Terbesar didalam Bahagian Betong. Masjid yang dibina berdekatan dengan Kampung Suri dapat diakses melalui jalan raya suri ataupun melalui jalan Debak berdekatan dengan arah dari jalanraya kampung melayu berdekatan dengan laluan Pejabat Kemajuan Masyarakat Daerah Debak. Lazimnya Sekolah-sekolah seliaan dibawah Daerah Debak sememangnya menjadikan SMK SARIBAS sebagai destinasi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. ( SK Bungin, SK Tuie, SK Serembang Debak)

SEJARAH Kampung Suri, 95500 Daerah DEBAK sunting

Menurut penceritaan orang Melayu yang menjadi pemilik majoriti tanah-tanah di kawasan Suri, nama suri telah diambil sempena memuliakan tanah yang didiami mereka. Suri memberi makna "Mulia" seperti suri hati, permaisuri, dan seakan akan memberi makna seri. Hal itu kerana, di tanah SURI lah jasad pemerintah Kota Rimbas di makamkan iaitu berdekatan sungai Rimbas di seberang Kampung Debak Laut kini. Jadi nama suri telah diambil untuk memuliakan dan mengenang jasa kawasan itu kerana Datuk Bandar Hamid adalah pembuka dan pengasas kepada Kota Rimbas yang kini dikenali sebagai Debak.

Persempadanan sunting

KAMPUNG SURI adalah bermula daripada Masjid baru Daerah Debak sehinggalah ke persimpangan Jalan Tuie-Debak di sepanjang jalan Suri dan melebar ke arah kawasan Bakong Melayu.

Pentadbiran sunting

Daerah Debak adalah ditadbir terus oleh pentadbiran Pejabat Daerah Debak. Terdapat banyak kampung-kampung dan kawasan baharu telah dimasukkan didalam pemetaan baharu Daerah ini bagi menjadikan Debak sebagai sebuah Daerah penuh tidak lama lagi. Bagi melicinkan pentadbiran beberapa agenda pembangunan telah dirancangkan khasnya oleh DUN N35 Saribas dibawah rancangan BDDA untuk memajukan Betong.