Kampung Buntal

(Dilencongkan dari Kampung buntal)


Latar Belakang sunting

Kampung Buntal, merupakan sebuah perkampungan nelayan yang kaya dengan bekalan makanan laut segar juga sinonim dengan produk tempatan mereka seperti bahulu, belacan, ikan kering serta restoran makanan laut. Penduduk kampung yang terdiri daripada 99% kaum melayu dan 1% kaum cina ini hidup harmoni dan aman. Perkampungan yang terletak lebih kurang 27 km dari Bandaraya Kuching, Sarawak ini mudah dihubungi oleh pelancong luar kerana jalinan jalanraya yang disediakan serta dikelilingi dengan pemandangan yang indah nian.

Asal nama kampung diambil daripada fenomena Ikan Buntal yang banyak di Sungai Buntal pada suatu ketika dahulu.

Menurut sumber rujukan daripada Haji Zamhari yang merupakan bekas ketua kaum Kampung Buntal, asal nama kampung ini diambil bersempena nama ikan yang dahulunya banyak didapati dari Sungai Buntal iaitu ikan Buntal. Individu pertama mendiami Kampung Buntal ialah Datu Tanggak yang terpesona dengan kedudukan kampung terbabit lalu membawa ahli keluarga menetap di situ selain menjadi tempat persinggahan ketika menangkap ikan. Ketika Haji Zamhari menjadi penghulu kampung, terdapat lebih kurang 500 buah rumah dan mempunyai kepadatan penduduk yang sangat kecil. Kini, Kampung Buntal telah semakin membangun serta dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dan dihuni lebih 5000 orang penduduk.[1]

Melalui sumber carian peta menyatakan bahawa Sungai Buntal atau Boental River (peta inggeris) sememangnya wujud dan terletak diantara Gunung Moi dan Bukit Makomang, iaitu sempadan Lundu dan Tanjung Datu di Sarawak. Umum mengetahui bahawa Santubong dan Buntal itu sendiri juga terletak di dalam kawasan Tanjung Datu. Sekaligus membuktikan mengapa ianya mempunyai perkaitan sehingga masyarakat terawal yang mendiami Kampung Buntal menamakannya sedemikian rupa.

Sejak 300 tahun dahulu dari awal pembukaan Kampung Buntal, pekerjaan penduduk disini hanya menjadi nelayan. Dari hanya tujuh buah rumah beratapkan daun nipah dan kayu akhirnya sejajar dengan waktu ianya semakin padat. Dan dek kerana fenomena kejadian alam iaitu banyak kawasan terhakis menyaksikan lokasi asal perkampungan yang terletak di tepi pantai telah dipindahkan ke kawasan daratan sehingga membentuk perkampungan tradisi yang tersusun mengikut lot-lot tanah yang disediakan oleh kerajaan. Selain itu atas faktor ekonomi juga, rumah-rumah orang kampung Buntal tidak lagi beratap nipah malah sudah ada yang membina rumah-rumah batu beratapkan genting mengikut peredaran zaman tetapi tetap mengekalkan penghidupan musyawarah perkampungan seperti dulu-dulu.

Jika dulu untuk sampai ke Kampung Buntal memerlukan seseorang itu menggunakan pengangkutan air namun arus pembangunan yang mampan lebih-lebih lagi terbinanya jambatan Santubong yang menghubungkan kawasan sekitarnya dengan bandaraya Kuching menyaksikan untuk ke perkampungan ini hanya memerlukan seseorang menggunakan kenderaan darat.

Selain itu, jika dahulu rata-rata masyarakat yang mendiami kampung Buntal adalah nelayan namun sekarang ada diantara penduduk Kampung Buntal adalah terdiri daripada penjawat awam dan swasta yang menjadi tulang belakang sesuatu organisasi profesional serta tidak profesional di negeri Sarawak. Bahkan terdapat juga antara mereka yang bekerja sendiri di dalam pelbagai cabang industri.

Kegiatan Penduduk sunting

  1. Memancing Buat para penggemar sukan memancing, ini merupakan peluang keemasan bagi mereka untuk mengisi masa lapang kerana permukaan geografi Kampung Buntal yang mempunyai kawasan pantai yang terlindung serta memanjang  menjadikannya kawasan untuk menangkap ikan yang paling strategik. Aktiviti ini semestinya boleh dilakukan bersama sahabat handai atau keluarga yang berkongsi minat yang sama. Hal ini dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim sesama keluarga dan sahabat. Terdapat pelbagai jenis ikan yang ada di sepanjang laut Kampung Buntal contohnya bawal putih, buntal kuning, udang dan macam-macam lagi. Selain itu, hasil tangkapan ini juga dijual oleh penduduk kampung di pasar segar dan sebagai juadah makanan laut. Hal ini juga menjadi punca pendapatan yang tidak putus-putus bagi penduduk Kampung Buntal. Anugerah yang tidak ternilai ini menjadikan Kampung Buntal sebagai tumpuan utama bagi penduduk Sarawak kerana keenakan makanan laut mereka yag segar yang tidak dapat diperolehi di lain tempat.
  2. Nelayan
  3. Membuat dan menjual ikan kering, kuih bahulu, belacan, cencaluk, kuih lapis
  4. Membuka gerai makanan
  5. Kerja kerajaan/swasta

Tempat Menarik Di Kampung Buntal sunting

  1. Buntal Esplanade Buntal Esplanade sesuai dijadikan kawasan untuk aktiviti riadah dan sosial bersama keluarga seperti rekreasi, melihat burung hijrah serta mengambil angin dan menikmati pemandangan laut. Buntal Esplanade ini boleh dilawati pada setiap hari tanpa dikenakan sebarang bayaran masuk.
    Tempat untuk menyaksikan fenomena persinggahan burung camar.
    Buntal Esplanade telah ditubuhkan bagi memperingati jasa pahlawan gagah kelahiran Kampung Buntal iaitu Rasli Buang. Allahyarham 1951 TPR Rasli bin Buang S.P. dilahirkan pada tahun 1949. Ketika usia muda, Allahyarham Rasli membantu kedua ibu bapa beliau dengan berkerja sebagai nelayan di Kampung Buntal.  Kemudian, beliau memulakan kerjaya sebagai anggota tentera pada bulan September 1968 di Port Dickson dan berkhidmat dengan Batalion ke 2 Rejimen Askar Melayu Diraja. Pada 6 Julai 1971, Semasa Allahyarham di aturgerak untuk mencari dan memusnah musuh di Perak, Mereka telah bertempur dengan sekumpulan pengganas komunis dan semasa pertempuran tersebut, Salah satu peluru pengganas telah terkena pada leher Allahyarham ketika beliau sedang mencuba untuk mendapatkan perlindungan. Pada tanggal 6 Julai 1971 itu juga, Allahyarham telah pergi menghadap ilahi ketika usia beliau baru mencecah 22 tahun. Jenazah beliau kemudiannya diterbangkan dari Ipoh ke Kuching pada 8 Julai 1971 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Buntal. Atas pengorbanannya yang tidak berbelah bahagi Allahyarham Rasli Bin Buang telah dianugerahkan anugerah tertingi keberanian Negara iaitu Bintang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) yang telah diperkenankan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al Sultan Almutasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. Allahyarham merupakan anak Malaysia yang kedua pernah dikurniakan anugerah tersebut dan yang pertama bagi anak Sarawak.
    Belacan yang telah dibungkus setelah dijemur dua hari.
  2. Ambal (Razor clam) Ambal, juga dikenali sebagai siput buluh, ia sejenis makanan laut yang terkenal di Sarawak, terutama sekali di Kampung Buntal. Ia diperolehi di kawasan pantai dan ditangkap dengan menggunakan air kapur atau air tembakau. Ia sesuai dimasak lemak, kari, dan juga ala sambal.[2]
  3. Bako Buntal Bay
  4. Sajian Makanan Laut (Seafood)
  5. Monyet Belanda (Proboscis Monkey)
  6. Engian
  7. Matahari Terbit (Sunrise)
  8. Ikan Lumba Irrawaddy (Dolphin Irrawaddy)
  9. Buaya (Crocodiles)

Produk Tempatan sunting

  1. Makanan Laut Kampung Buntal terkenal dengan makanan lautnya yang segar dan murah. Terdapat banyak restoran makanan laut di kampung ini seperti restoran seafood muslim (Muslim Seafood and Coffeeshop) dan restoran seafood cina (Masa-Ria Seafood Restaurant). Harga yang berpatutan diletakkan oleh semua pemilik restoran menyebabkan kampung ini didatangi oleh pelancong yang ramai pada setiap tahun. Antara menu makanan laut yang disediakan adalah ikan bawal putih, udang galah,sotong, ketam, kerang, obor-obor dan sebagainya. Waktu beroperasi bagi restoran makanan laut ini sekitar jam 10.00 pagi sehingga jam 11.00 malam pada hari bekerja dan juga hujung minggu. Hal ini kerana, pemilik restoran akan menangkap hidupan laut (Ambal, Bentarang,Kerang, Siput Bulat, Siput Sedut dan Ketam) dan membelinya pada setiap pagi untuk dimasak segar dan dihidangkan kepada pengunjung.
    Salah satu makanan laut yang boleh didapati di restoran makanan laut.
  2. Kuih Bahulu Kuih Bahulu merupakan kuih tradisional yang sangat digemari oleh masyarakat Melayu. Bahan-bahan asas untuk membuatnya ialah tepung, telur, gula dan serbuk penaik. Penduduk kampung disini terutamanya kaum waita akan membakar kuih Buhulu tiga kali dalam seminggu. Terdapat dua perusahaan kuih bahulu dijalankan di kampung ini. Kuih-bahulu ini kemudiannya bukan sahaja dipasarkan di dalam kampung malah dijual di sekitar Kuching contohnya di UTC Kuching. Mereka juga ada mengambil tempahan membuat kuih bahulu sekiranya pelanggan memerlukan kuih bahulu di majlis-majlis keraian. Kuih bahulu ini dijual dengan harga yang sangat mampu milik iaitu RM5 bagi 21 biji. Kuih ini dapat bertahan dalam tempoh sebulan dengan kualiti yang terjamin.
  3. Ikan kering
  4. Kuih Lapis
  5. Belacan
  6. Cencaluk

Fasiliti Dan Infrastruktur sunting

Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah cina di kampung ini.
  1. Masjid
  2. Dewan
  3. Sekolah
    1. SJK Chung Hua Buntal
    2. Sekolah Kebangsaan Buntal
  4. Tandas Awam
  5. Homestay
  6. Klinik
  7. Pasar
  8. Padang bola
  9. Restoran dan gerai makan

Media Sosial sunting

Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCo10Wj4uWaxk3uWiHihmTaA

Halaman Facebook : https://www.facebook.com/groups/2482431162078230/

Instagram : https://www.instagram.com/kampung_buntal/

Twitter : https://twitter.com/KampungBuntal

Rujukan sunting

  1. ^ "From Kampung Buntal With Love". Borneo Oracle. 13 August 2018. Dicapai pada 23 October 2019.
  2. ^ "Sejarah Seafood". Peel it. Feel it. The Maiden's Giedd. Dicapai pada 24 October 2019.