Kapal selam kelas Sjoormen
Kapal selam kelas Sjoormen merupakan kapal selam eletrik disel.
RSS Chieftain
| |
Gambaran keseluruhan kelas | |
---|---|
Pembina: | Kockums |
Pengguna: | Tentera Laut Sweden Angkatan Laut Republik Singapura |
Sebelumnya: | kapal selam kelas Draken |
Selepasnya: | kapal selam kelas Näcken |
Jumlah dirancang: | 5 |
Jumlah disiapkan: | 5 |
Jumlah aktif: | 4 |
Dibersarakan: | 1 |
Ciri-ciri umum | |
Sesaran: |
|
Panjang: | 50 m (164 ka 1 in) |
Lunas: | 6.1 m (20 ka 0 in) |
Draught: | 5.1 m (16 ka 9 in) |
Jana kuasa: |
|
Halaju: |
|
Anak kapal: | 23 |
Sistem penderia dan pemprosesan: | FAS |
Persenjataan: |
|
Gambaran
suntingBot kelas `Sjoormen' (Naga Laut) memulakan perkhidmatan dengan Tentera laut DiRaja Sweden pada 1960-an. Rekabentuk badan tekanan tunggal dibahagikan pada dua ruang kedap air pada dua dek. Dengan rekabentuk ini (reka bentuk generasi baru pertama selepas reka bentuk Perang Dunia Kedua sedia ada) Kockums memperkenalkan sebilangan teknologi baru termasuk bentuk badan titisan air hidrodinamik yang baru, sistem pengendalian pengendali tunggal dan tatarajah kemudi-X yang membenarkan kapal selam melakukan gerakan mengelak dengan kelajuan amat tinggi. Dengan kapal bentuk titisan air (panjang:lebar kadar 8:1), sistem schnorkel dan kemudi-X dan dan ridip belakang dan ridip hadapan pada layar, dengan sistem kawalan baru, bot ini menawarkan keupayaan baru bagi pergerakan dan beroperasi dari kedudukan bawah air berbanding bot sebelumnya yang beroperasi di permukaan air dan hanya menyelam untuk menyerang.
Satu lagu ciri bot ini adalah automasi tinggi yang dimasukkan pada reka bentuk yang membolehkan krew dikurangkan pada 28. Bagaimanapun ia meningkatkan sesaran, akibat peningkatan peralatan yang diperlukan bagi automasi.
Bot ini dikuasai oleh empat enjin diesel Hedemora/Pielstick V12A (2,200 hp) dan motor eletrik ASEA (1,500 hp) memancu satu gandar dengan lima bilah bagi kelajuan menyelam melebihi 14 kt. Kuasa bagi motor eletrik dobekalkan oleh empat ruang seksyen bateri.
Persenjataan
suntingPersenjataan terdiri dari empat tiub torpedo 533 mm bagi melancarkan muatan maksima 10 torpedo berat panduan-wayar dan dua tiub torpedo 400 mm direka bagi melancarkan empat torpedoe anti-kapal selam ringan. Kesemia tiub dipasang dengan pelancar positif atau sistem lancar renang keluar.
Sistem tempur bercirikan set sonar STN Atlas Elektronik CSU-83 dengan jujukan sisi Sonar Hydra Thomson Marconidan sistem kawalan tembakan SaabTech NEDPS Mk 2.
Bagi operasi dengan Tentera laut Singapura bot itu telah dimodenkan dengan penyaman udara dan penyejuk bateri, dan dengan injap dan paip diganti bagi membenarkan ia beroperasi di perairan dengan ketumpatan garam lebih tinggi.
Bot pertama, Sjobjornen, didapati pada 1996 dan diselenggara bagi melatih kapal selam Tentera laut Singapura. Dinamakan semula sebagai RSS Challenger, ia kekal di perairan Sweden bagi meneruskan latihan. Tiga bot yang lain didapati pada Julai 1997, dengan bot kelima kelas tersebut, Sjohasten, dibeli bagi alat ganti.
Status operasi
suntingKesemua lima bot telah ditamatkan perkhidmatan bersama Tentera laut Sweden, dipermodenkan dan dijual pada Singapura, dengan tempahan pertama pada 1995 dan dikembangkan pada keseluruhan kelas pada 1997, projek keseluruhannya dikenali sebagai Riken. Sjobjornen (dinamakan RSS Challenger bagi perkhidmatan dalam Tentera laut Singapura) telah dilancar kembali pada 26 September 1997 selepas diselenggara. Sjoormen dan Sjolejonet dipindahkan pada bulan May 1999 dan memulakan penyelenggaraan sebelum dinamakan RSS Centurion dan RSS Conqueror. Bot keempat diselenggarakan pada akhir 1999 dan dilancar dan dinamakan semula sebagai RSS Chieftain pada 22 May 2001.
Spesifikasi
suntingSesaran: 1,100 t Panjang (oa): 50 m Lebar: 6.1 m
Pembina
sunting- Kockums
- Malmö.