Karaman (baka anjing)

baka anjing dari Macedonia

Karaman[a] atau anjing gembala Macedonia[b] ialah satu baka anjing gembala dari Macedonia. Kelab kenel anjing gembala Macedonia-karaman didaftarkan pada 1 November 2004 dengan satu niat: "untuk menyelamatkan karaman daripada kelenyapannya".

Karaman
Karaman
Nama lainAnjing gembala Macedonia
Nama ringkasKara
Negara asalMacedonia Utara
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah

sunting

Pemuliharaan anjing gembala Macedonia-karaman ialah projek berbilang dekad buah fikiran Vlatko Kostovski dan Marjan Kostovski bersaudara. Pada tahun 2004, Kostovski bersaudara menerbitkan buku Makedonsko ovčarsko kuče - Karaman ("Anjing Gembala Macedonia-Karaman") yang dalamnya piawaian pertama untuk baka ini diterbitkan, dan pada tahun 2013 mereka juga menerbitkan buku Karaman - Mitskoto kuče na Drevnite Makedonci ("Karaman - Anjing Mitos Macedonia Purba") yang dalamnya piawaian baka anjing gembala Macedonia-karaman diperhalus. Menurut pengarang buku itu, karaman ialah anjing mitos orang Macedonia dan digambarkan pada jata pertama Macedonia Purba.

Pada peta Macedonia dari tahun 1692 yang dikeluarkan oleh Vincenzo Coronelli dari Itali, yang padanya dua jata Macedonia dilukis di atas bandar raya Bilazora. Pada salah satu anjing hitam digambarkan dan pada yang lagi satu tongkat tegak di antara dua tanduk lembu. Di atas jata, jurupeta memberi penjelasan bahawa jata dengan anjing ialah jata Macedonia sebelum Alexander Agung dan jata dengan dua tanduk lembu ialah jata Macedonia selepasnya. Menurut Kostovski bersaudara, yang pertama adalah tentang baka anjing gembala Macedonia-karaman.

Orang Macedonia menyuburkan kultus khas terhadap karaman dan ia sentiasa mewakili anjing mitos mereka. Imejnya menduduki tempat menonjol dalam tulisan pemuisi purba, pada fresko zaman pertengahan dan ikonostasis di gereja dan biara Macedonia,[1] serta dalam lagu-lagu rakyat epik dari abad ke-19. Ia dipelihara dalam bentuk tulennya oleh gembala Macedonia yang cara hidup konservatif mereka adalah nomadik - dalam pergerakan berterusan dari musim panas ke padang ragut musim sejuk dan sebaliknya. Oleh sebab keberanian dan kesetiaan luar biasanya, kini ia terdapat sebagai pelindung kawanan biri-biri, tetapi juga sebagai pelindung orang dan penjaga harta benda.

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: کارامن; Macedonia: караман, rumi: karaman; bahasa Inggeris: karaman
  2. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا ماسيدونيا; Macedonia: македонско овчарско куче, rumi: makedonsko ovčarsko kuče; bahasa Inggeris: Macedonian shepherd dog

Bacaan lanjut

sunting
  • Marjan Kostovski dan Vlatko Kostovski, МАКЕДОНСКО ОВЧАРСКО КУЧЕ-КАРАМАН Templat:Mk. Skopje, Macedonia Utara, 2004, ISBN 9989-57-235-6.
  • Vlatko Kostovski dan Marjan Kostovski, КАРАМАН-МИТСКОТО КУЧЕ НА ДРЕВНИТЕ МАКЕДОНЦИ Templat:Mk, monograf profesional. Skopje, Macedonia Utara, 2013, ISBN 978-608-65566-0-0.
  • „МАКЕДОНСКО ОВЧАРСКО КУЧЕ - КАРАМАН“ Templat:Mk, Македонско сонце, tahun 11, bil. 530, 27 Ogos 2004, hlm. 52–53.
  • „МАКЕДОНСКИОТ КАРАМАН - ЛЕГЕНДА ШТО ИСЧЕЗНУВА“ Templat:Mk, Македонско сонце, tahun 11, bil. 546, 17 Disember 2004, hlm. 46–47.
  • „PASTIRSKI PSI BALKANA“ (Serbia), Zov, tahun 22, bil. 539, 18 Mac 2005, hlm. 8.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Вечер: „Сите паднаа на изгледот на караман"" (dalam bahasa Macedonia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mac 2017. Dicapai pada 30 Mac 2024.

Pautan luar

sunting