Rostam Afendi bin Abdul Rashid

Kartunis Malaysia
(Dilencongkan dari Kartunis Rio)

Rio, juga dikenali sebagai RioRashid ialah seorang kartunis Malaysia. Rio atau nama sebenarnya Rostam Afendi Ab. Rashid dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1975.

Rio memulakan langkah di dalam bidang kartun dan komik sejak dari zaman bangku sekolah. Karya pertamanya tersiar di dalam majalah Gelihati dalam tahun 1990. Rio ketika itu masih menuntut di dalam tingkatan 3.

Sejak karya pertamanya tersiar, Rio terus aktif melukis kartun dan komik sehingga kini. Ratusan karyanya telah tersiar di dalam pelbagai majalah seperti Gelihati, Gila-Gila, Gelagat, Ujang, Apo? dan G3.

Selain komik, Rio juga terlibat dalam bidang animasi, grafik, multimedia dan penulisan kreatif.

Pautan luar sunting