Katanning, Australia Barat

Katanning ialah sebuah bandar yang terletak 277 kilometer dari tenggara Perth, Australia Barat di Lebuh Raya Selatan Besar. Dalam bancian 2016, Katanning mempunyai jumlah penduduk seramai 3,687 orang.[1]

Katanning
Australia Barat
Austral Terrace, Katanning, 2018
Koordinat33°41′27″S 117°33′19″E / 33.69083°S 117.55528°E / -33.69083; 117.55528Koordinat: 33°41′27″S 117°33′19″E / 33.69083°S 117.55528°E / -33.69083; 117.55528
Penduduk3,687 (2016)[1]
Ditubuhkan1898
Poskod6317
Ketinggian311 m (1,020 ka)
Lokasi
Kawasan kerajaan tempatanShire of Katanning
Kawasan pilihan raya negeriRoe
Kawasan pilihan raya persekutuanO'Connor
Purata suhu maks Purata suhu min Hujan tahunan
22.1 °C
72 °F
9.3 °C
49 °F
478.9 mm
18.9 in
King George Hostel, Katanning, 2018
Pejabat Pos Katanning, 2018

Sejarah sunting

Makna Katanning tidak diketahui tetapi ia dianggap berasal daripada perkataan Aborigin tempatan iaitu 'Kart-annin' yang bermaksud "tempat pertemuan ketua-ketua suku",[2] 'Kartanup' yang bermaksud "kolam air yang bersih",[3] or 'Katanning', which means "labah-labah di belakang".[4] Lain-lain mencadangkan bahawa tempat itu dinamakan sempena seorang wanita Orang Asli tempatan.

Orang Eropah yang pertama menerokai kawasan Katanning ialah Gabenor James Stirling dan Juruukur Besar John Septimus Roe yang mengembara melalui kawasan itu pada 1835 dalam perjalanan dari Perth ke Albany.

Pada kira-kira 1870, pemotong kayu cendana berpindah ke kawasan itu tetapi mereka tidak menetap di situ. Tidak sehingga pembangunan Kereta Api Selatan, sebuah geran tanah landasan kereta api yang dibina oleh West Australian Land Company dari Beverley ke Albany pada tahun 1889, barulah perbandaran itu diwujudkan.

Tapak bandar awalnya dibangunkan oleh Syarikat Tanah Australia Barat. Kerajaan negeri membeli landasan kereta api dan tapak bandar pada 1896 dan kemudian secara rasmi diwartakan bandar itu pada tahun 1898,[5] apabila populasi penduduk bandar itu adalah 226 orang, 107 lelaki orang dan 119 orang perempuan.[6]

Pada April 1891, kilang Roller Flour Premier dibuka di pusat bandar oleh Frederick Henry Piesse dan Charles Austin Piesse bersaudara.[7][8] Kilang itu menyediakan pasaran tunai penting bagi penanam gandum tempatan. Pada mulanya kilang itu membekalkan tepung ke seluruh wilayah Albany, menggantikan import yang lebih mahal dari Adelaide. Pada masa itu, Albany adalah pelabuhan utama Australia Barat.[9] Kilang itu kemudian ditukarkan menjadi kompleks restoran hotel dan dibuka pada tahun 2018. [10]

Katanning kekal sebagai pusat penting di Landasan Kereta Api Besar Selatan ke Albany.[11]

Iklim sunting

Katanning terletak pada sempadan antara musim panas hangat dan musim panas mediterranean subtropika dengan Januari dan Februari berada di bawah 22 °C (72 °F). Di bawah klasifikasi iklim Köppen ia dikelaskan sebagai Csb.

Data iklim untuk Katanning
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 43.8
(110.8)
44.6
(112.3)
41.7
(107.1)
36.1
(97.0)
32.3
(90.1)
24.1
(75.4)
22.2
(72.0)
25.9
(78.6)
31.3
(88.3)
37.8
(100.0)
41.0
(105.8)
43.3
(109.9)
44.6
(112.3)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 30.0
(86.0)
29.7
(85.5)
27.3
(81.1)
23.5
(74.3)
19.4
(66.9)
16.0
(60.8)
14.8
(58.6)
15.4
(59.7)
17.4
(63.3)
21.7
(71.1)
26.1
(79.0)
28.6
(83.5)
22.5
(72.5)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 13.7
(56.7)
14.1
(57.4)
12.9
(55.2)
11.1
(52.0)
8.9
(48.0)
6.8
(44.2)
5.9
(42.6)
6.0
(42.8)
6.1
(43.0)
7.3
(45.1)
10.0
(50.0)
11.7
(53.1)
9.5
(49.1)
Rekod rendah suhu, °C (°F) 5.0
(41.0)
5.0
(41.0)
1.5
(34.7)
1.4
(34.5)
−1.1
(30.0)
−3.0
(26.6)
−2.0
(28.4)
−2.2
(28.0)
−2.0
(28.4)
−0.6
(30.9)
0.0
(32.0)
2.7
(36.9)
−3.0
(26.6)
Purata kerpasan, mm (inci) 26.5
(1.04)
6.0
(0.24)
17.1
(0.67)
30.6
(1.20)
49.6
(1.95)
57.9
(2.28)
64.7
(2.55)
59.9
(2.36)
56.8
(2.24)
30.4
(1.20)
25.4
(1.00)
26.2
(1.03)
442.8
(17.43)
Purata bilangan hari kerpasan 4.2 2.6 4.9 7.2 12.1 16.2 19.9 19.5 17.4 9.3 6.8 4.5 124.6
Purata kelembapan relatif (%) 31 31 35 43 51 60 65 64 58 46 33 29 46
Sumber 1: [12]
Sumber 2: [13]

Ciri-ciri sunting

 
Arca Frederick Henry Piesse, Katanning
 
Restoran Hung Wins (dahulunya Gereja Baptist), Katanning

Arca Frederick Henry Piesse (oleh pengukir Pietro Porcelli) didirikan pada tahun 1916 dan berdiri di sebelah landasan keretapi di Austral Terrace. Keluarga Piesse membina rumah agam yang bernama "Kobeelya" dan selepas digunakan selama bertahun-tahun sebagai sekolah asrama perempuan, kini sebuah pusat persidangan yang diuruskan oleh gereja Baptis setempat.

Katanning mempunyai taman permainan unik yang besar yang dinamakan "All Ages Playground". Bandar ini mempunyai banyak tarikan lain, termasuk keadaan rekreasi, pusat rekreasi dan fungsi seni.

Katanning mempunyai penduduk Islam yang agak besar, kira-kira 350 orang, dan mempunyai masjid. Kebanyakan umat Islam tempatan berasal dari Kepulauan Cocos (Keeling), dan mengembara ke Katanning untuk bekerja di rumah penyembelihan tempatan, yang ditubuhkan pada akhir 1970-an.

Bangunan agama lain termasuk gereja-gereja dari mazhab Anglikan, Baptis, Katolik, Lutherisme, Seventh Day Adventist, Uniting, dan Wesleyan, bersama-sama dengan Jehovah's Witness Kingdom Hall.

Pekan ini mempunyai struktur seperti istana yang dibina sebagai kilang wain. Pintu masuk bandar ini mempunyai sebuah trak antik yang penuh dengan bal bulu tiruan, kincir angin, dan beberapa patung domba yang diperbuat daripada besi beralun.

Pekan ini telah menjadi pusat khidmat serantau untuk Great Southern dan menyelenggarakan bandar-bandar yang berdekatan Broomehill, Tambellup dan Woodanilling dan beberapa lagi.

Pengangkutan sunting

Stesen kereta api Katanning mempunyai ketinggian 1,024 kaki (312 m) dari paras laut dan jarak rel 225 batu (362 km) dari Perth.[14]

Penduduk yang terkenal sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Australian Bureau of Statistics (27 June 2017). "Katanning (State Suburb)". 2016 Census QuickStats. Dicapai pada 5 April 2018.  
  2. ^ Templat:LandInfo WA
  3. ^ "SMH Travel - Katanning". The Sydney Morning Herald. 2004-02-08. Dicapai pada 2008-08-16.
  4. ^ Bindon, Peter; Chadwick, Ross (2011). A Nyoongar wordlist : from the south-west of Western Australia / compiled and edited by Peter Bindon and Ross Chadwick. Welshpool, W.A: Western Australian Museum. ISBN 9781920843595.
  5. ^ "BHP Skills.net - Katanning". 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mac 2012. Dicapai pada 16 Ogos 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ "Population of Western Australia". Western Mail. Perth, Western Australia: National Library of Australia. 22 April 1898. m/s. 23. Dicapai pada 6 April 2013.
  7. ^ "News and notes". The West Australian. Perth, WA. 25 April 1891. m/s. 3. Dicapai pada 20 March 2018.
  8. ^ "Register of Heritage Places - Katanning Roller Flour Mill" (PDF). 1994. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-07-23. Dicapai pada 2008-08-16.
  9. ^ "News and Notes". The West Australian. Perth, WA. 9 May 1891. m/s. 3. Dicapai pada 20 March 2018.
  10. ^ Sandalova, Sjanna (14 February 2018). "Jobs boost as staff sought for hotel". The West Australian. Perth, WA. Dicapai pada 20 March 2018.
  11. ^ Milne, Rod (March 1993), "Katanning on the Great Southern Railway", Australian Railway Historical Society Bulletin, Australian Railway Historical Society, m/s. 59–69
  12. ^ "Climate statistics for Katanning". Bureau of Meteorology. Dicapai pada 2 September 2014.
  13. ^ "Climate statistics for Katanning Comparison". Bureau of Meteorology. Dicapai pada 2 September 2015.
  14. ^ Timetable, Western Australian Government Railways, 1964, m/s. 9

Pautan luar sunting

Templat:Towns Great Southern WA