Kaun Banega Crorepati?

Kaun Banega Crorepati? (singkatan KBC, Jawi : کون بنے گأ کروڑ پتی) merupakan rancangan permainan televisyen yang amat popular di India. Rancangan ini disiarkan di Star Plus dengan pengacara Amitabh Bachchan (musim pertama-kedua dan keempat-kelapan) dan Shahrukh Khan (musim ketiga). Rancangan ini menawarkan hadiah wang tunai yang amat lumayan apabila menjawab seberapa banyak soalan pelbagai pilihan dengan betul.

Kaun Banega Crorepati?
FormatRancangan permainan
PengacaraAmitabh Bachchan (musim pertama-kedua dan musim keempat-kelapan)
Shahrukh Khan (musim ketiga)
Suriya Sivakumar (versi Tamil : Neengalum Vellalam Oru Kodi)
Puneeth Rajkumar (versi Kannada : Kannadada Kotyadhipathi)
Akinneni Nagarjuna (versi Telugu : Meelo Evaru Koteeswarudu)
PenggubahKeith Strachan
Matthew Strachan
Negara asal India
BahasaHindi
Inggeris
Tamil (Neengalum Vellalam Oru Kodi)
Kannada (Kannadada Kotyadhipati)
Telugu (Meelo Evaru Koteeswarudu)
Bilangan musim8
Penerbitan
Tempoh siaran60 minit
Syarikat penerbitan
Celador
Syarikat pengedaran
Celador
Penyiaran
Saluran asalSTAR Plus
STAR Vijay (versi Tamil : Neengalum Vellalam Oru Kodi)
Asianet Suvarna (versi Kannada : Kannadada Kotyadhipathi)
MAA TV (versi Telugu : Meelo Evaru Koteeswarudu)
Siaran asal3 Julai 2000 – kini
StatusSiri berterusan
Laman sesawang

Dengan berasaskan format UK daripada Who Wants to Be a Millionaire?, KBC disiarkan dengan gaya Bollywood dalam setiap-tiap episodnya.

KBC disiarkan dalam bahasa Hindi dan Inggeris. Versi bahasa Tamil dikenali sebagai Neengalum Vellalam Oru Kodi dan versi bahasa Kannada dikenali sebagai Kannadada Kotyadhipati.

Versi kanak-kanak dikenali sebagai Kaun Banega Crorepati? Junior. Ravi Saini menjadi peserta kanak-kanak pertama yang berjaya memenangi 10,000,000 (1 crore) rupee.

Pada bulan November 2008, rancangan ini difilemkan dengan tajuk "Slumdog Crorepati" yang diarahkan oleh Danny Boyle. Peran Amitabh Bachchan sebagai pengacara rancangan ini dilakonkan oleh Anil Kapoor.

Tiga tahun selepas filem berkenaan diterbitkan, Sushil Kumar, pegawai kerajaan daripada Bihar, berjaya memenangi 50,000,000 rupee.[1]

Musim sunting

Musim pertama (2000-2002) sunting

KBC mula disiarkan untuk julung kalinya pada 3 Julai 2000 dengan pengacara Amitabh Bachchan. Rancangan ini menawarkan hadiah wang tunai 10,000,000 (1 crore) rupee. Pemenang 10,000,000 rupee untuk julung kalinya pada tahun 2000 ialah Harshvardhan Nawathe, anak kepada seorang pegawai polis.

Pada tahun 2001 dilancarkan versi kanak-kanak untuk rancangan ini yang dikenali sebagai Kaun Banega Crorepati? Junior. Ravi Saini menjadi peserta kanak-kanak pertama yang berjaya memenangi 10,000,000 (1 crore) rupee.

Dalam rancangan ini (juga berlaku dalam WWtBaM? versi Filipina dan Jepun), selepas menjawap soalan pertama dengan tepat, peserta meraih 1,000 unit matawang. Susunan hadiah lengkap dalam KBC 1 ialah seperti berikut :

  • Rs1,000 (unit matawang)
  • Rs2,000
  • Rs3,000
  • Rs5,000
  • Rs10,000 (tahap selamat)
  • Rs20,000
  • Rs40,000
  • Rs80,000
  • Rs160,000
  • Rs320,000 (tahap selamat)
  • Rs640,000
  • Rs1,250,000
  • Rs2,500,000
  • Rs5,000,000
  • Rs10,000,000

Musim kedua (2005-2007) sunting

Masih kekal dengan pengacara Amitabh Bachchan, KBC musim kedua dikenali sebagai Kaun Banega Crorepati Dwitiya (KBC 2). Pada musim ini, hadiah wang tunai dinaiktarafkan menjadi 20,000,000 (2 crore) rupee (sehingga musim ketiga).

Pada musim berkenaan pula, tiada yang berjaya memenangi 20,000,000 rupee (menjawap soalan ke-15). Tetapi, terdapat beberapa peserta yang berjaya memenangi 10,000,000 rupee (menjawap soalan ke-14). Mereka ialah Brajesh Dubey (peserta awam perseorangan) dan Ajay Devgan-Kajol Devgan (peserta selebriti - pasangan suami-isteri).[2]

Musim ketiga (2007) sunting

Star Plus mengambil Shahrukh Khan sebagai pengacara untuk musim ketiga KBC, selepas dua musim sebelum ini bersama Amitabh Bachchan. Sehingga musim ini, kekal tiada yang berjaya memenangi 20,000,000 rupee. KBC 3 berakhir pada 19 April 2007

Susunan hadiah lengkap untuk musim berkenaan (juga berlaku pada KBC 2) ialah seperti berikut :

  • Rs1,000 (unit matawang)
  • Rs3,000
  • Rs5,000
  • Rs10,000
  • Rs20,000 (tahap selamat)
  • Rs40,000
  • Rs80,000
  • Rs160,000
  • Rs320,000
  • Rs640,000 (tahap selamat)
  • Rs1,250,000
  • Rs2,500,000
  • Rs5,000,000
  • Rs10,000,000
  • Rs20,000,000

Musim keempat (2010) sunting

KBC 4 dibawakan semula oleh Amitabh Bachchan dan dilancarkan pada 11 Oktober 2010 bersempena hari jadinya ke-68. KBC 4 disiarkan empat kali dalam satu ahad, setiap Isnin sehingga Khamis malam. Cogankata untuk musim ini ialah "Koi Bhi Insaan Chota Nahi Hota" ("Tiada manusia yang kecil"). Logo baru KBC 4 ialah berasaskan daripada logo WWtBaM? versi UK 2007-kini dengan lambang baru matawang Rupee ().

Hadiah tertinggi pada KBC 4 dinaiktarafkan menjadi 50,000,000 rupee. Jumlah soalan dikurangkan daripada 15 soalan menjadi 13 soalan. KBC 4 berakhir pada 9 Disember 2010.

Peraturan sunting

Pertama sekali, para peserta perlu menjalani pusingan paling pantas dan tangkas (Fastest Finger First), yang mana mereka semua diberi satu soalan dan empat jawapan oleh pengacara, lalu diminta untuk menyusunkan keempat-empat jawapan tersebut dalam susunan tertentu. Peserta yang dapat menjawabnya dengan betul dan dalam tepoh masa yang terpantas layak ke pusingan seterusnya dan duduk di atas "gelanggang jutawan" dan bermain untuk meraih hadiah wang tunai tertinggi.

Ketika duduk di atas gelanggang jutawan, peserta disyorkan soalan-soalan pengetahuan am oleh pengacara; peringkat kesukaran akan semakin meningkat bagi setiap soalan. Semua soalan adalah berbentuk pelbagai pilihan: empat jawapan berkemungkinan diberi dan peserta perlu memilih jawapan yang betul. Setelah menjawab soalan pertama dengan tepat, peserta meraih 1,000 unit matawang.

Soalan-soalan berikutnya diajukan untuk menawarkan jumlah wang yang makin besar (lebih kurang berganda di setiap pusingan). Ketika soalan-soalan paling awal, pilihan "D" kerap dijadikan jawapan lawak.

Talian hayat sunting

Jika di mana-mana tahap dalam permainan, si peserta berasa tidak yakin bagaimana untuk menjawab soalan, dia boleh memakai satu atau lebih "talian hayat". Setelah menggunakan talian hayat, si peserta boleh menjawab soalan, memakai satu lagi talian hayat, atau berhenti permainan sahaja.

  • 1:1 (Dwipilihan)—Si peserta meminta pengacara untuk mengarahkan komputer memadamkan dua pilihan jawapan salah secara rawak, maka tinggalnya satu jawapan betul dan satu jawapan salah untuk dipilih.
  • Tanya penonton—Si peserta menanyakan penonton dalam studio pilihan yang mana diyakini mereka sebagai jawapan tepat. Para penonton menyatakan pilihan mereka dengan menggunakan sistem respons penonton. Keputusan undian penonton dengan serta-mertanya dipaparkan dalam skrin si peserta dan pengacara.
  • Rakan Telefon—Si peserta boleh menghubungi salah seorang daripada lima orang kenalan yang disediakan sebelum permainan. Si peserta perlu terdahulu memberi nama dan nombor telefon kenalan tersebut kepada pihak penganjur. Kenalan-kenalan tersebut dimaklumkan apabila peserta yang dikenali mereka layak ke pusingan utama, lalu dimaklumkan untuk memastikan telefon mereka dilapangkan dari panggilan luar selain pihak penganjur dan menunggu tiga kali deringan sebelum mengangkat gagang. Si peserta diberi 30 saat untuk mengajukan soalan dan empat pilihan jawapan kepada kenalannya yang perlu memilih satu jawapan sebelum tempoh masa yang diberikan itu habis.

Rujukan sunting

  1. ^ ""The Real Slumdog Millionaire"': Indian becomes real-life winner". BBC News. 26 Oktober 2011. Dicapai pada 21 Februari 2016. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  2. ^ [1]