Kayla Jane Barron (lahir 19 September 1987, LT, USN) ialah seorang perwira perang kapal selam Amerika dan angkasawan NASA.

Kayla Barron
Kelahiran
Kayla Jane Sax

(1987-09-19) 19 September 1987 (umur 36)
StatusAktif
Pusat pendidikanAkademi Tentera Laut Amerika Syarikat (BS)
Peterhouse, Cambridge (MPhil)
Kerjaya angkasa
Angkasawan NASA
Pekerjaan terkini
Jurutera
PangkatLeftenan, Tentera Laut Amerika Syarikat
PemilihanKumpulan Angsawan NASA 22
MisiSpaceX Crew-3 (rancangan)

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Kayla Barron dilahirkan pada 19 September 1987 di Pocatello, Idaho kepada pasangan Lauri dan Scott Sax. Keluarganya berpindah ke Richland, Washington, yang mana Kayla menamatkan pengajian di Richland High School pada tahun 2006. Kemudian, Barron menyambung pelajaran di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat, yang mana beliau menamatkan pengajian pada tahun 2010 dengan ijazah sarjana di bidang kejuruteraan sistem.[1][2] Selepas tamat belajar, Barron melanjutkan pendidikan pascasarjana di Peterhouse, Cambridge dengan Biasiswa Gates Cambridge[3], yang mana beliau memperoleh ijazah sarjana di bidang kejuruteraan nuklear.[1]

Kerjaya ketenteraan sunting

Selepas memperoleh ijazah sarjana, Barron merupakan salah seorang wanita pertama yang menjadi perwira perang yang bertugas di kapal selam. Beliau menghadiri program latihan tenaga nuklear dan perwira kapal selam Tentera Laut, dan ditugaskan di kapal selam USS Maine.[1]

Kerjaya NASA sunting

Pada Jun 2017, Barron terpilih sebagai ahli NASA Astronaut Group 22, dan memulakan latihan selama dua tahun.[1]

Pada Disember 2020, Barron dan 17 angkasawan NASA lain terpilih sebagai ahli "Pasukan Artemis" yang akan berlatih untuk Program Artemis, iaitu misi berawak ke Bulan pertama sejak berakhirnya Program Apollo.[4]

Kehidupan peribadi sunting

Barron berkahwin dengan Tom Barron, seorang pegawai Pasukan Khas Tentera Darat Amerika Syarikat.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Garcia, Mark (7 Februari 2018). "Astronaut Candidate Kayla Barron". National Aeronautics and Space Administration.
  2. ^ "Kayla Sax Barron". Spacefacts. 18 April 2018.
  3. ^ "Profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2020.
  4. ^ Iswara, Aditya Jaya, penyunting (10 Disember 2020). "NASA Bentuk Tim Artemis, Akankah Cetak Sejarah Wanita Pertama di Bulan?". Kompas.com. Dicapai pada 12 Disember 2020.
  5. ^ Marbella, Jean (9 Jun 2017). "Naval Academy grad, aide one of 12 new astronaut candidates". baltimoresun.com (dalam bahasa Inggeris).