Kebakaran Blue Cut

Kebakaran Blue Cut merupakan satu kejadian kebakaran yang berlaku di Genting Cajon, dekat timur laut Pergunungan San Gabriel dan di Gurun Mojave, dekat kaunti San Bernardino, California, Amerika Syarikat.[1] Kebakaran ini bermula di laluan pendakian Blue Cut, di mana ia pertama kali dilaporkan pada 16 Ogos 2016 pada jam 10:36 pagi di barat Lebuh Raya Antara Negeri 15.

Kebakaran Blue Cut
Asap yang berpunca daripada kebakaran pada 17 Ogos
Kebakaran Blue Cut is located in Bumi
Kebakaran Blue Cut
Kebakaran Blue Cut (Bumi)
Map
LokasiGenting Cajon, Kaunti San Bernardino, California, Amerika Syarikat
Koordinat34°15′32″N 116°54′15″W Sunting ini di Wikidata
Perangkaan[1]
Tarikh16 Ogos 2016 (2016-08-16)
Keluasan terjejas31,600 ekar (128 km2)
PenyebabDalam siasatan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Setakat 18 Ogos 2016, kejadian ini telah menyebabkan 31,600 ekar (1.38×109 ka2) kawasan terbakar.[2] Amaran bendera merah juga telah dikeluarkan dengan suhu sekitaran menghampiri 100 °F (38 °C) dan tiupan angin sehingga 30 miles per jam (48 km/j).[3]

Kejadian sunting

Sejurus selepas kebakaran berlaku, proses pemindahan dilakukan bagi masyarakat sekitar Lembah Cajon Barat, Lytle Creek, Ngarai Lone Pine dan Ngarai Swarthout.[3] Ketika jam 3:00 pada 16 Ogos, kurang daripada 6 jam kebakaran bermula, ia telah merebak ke barat sehingga meliputi kawasan seluas 5,500 ekar (2,200 he) dan ini memaksa arahan pemindahan wajib dikeluarkan untuk kebanyakkan kawasan di Perbukitan Oak, Phelan dan Lembah Summit.[4]

Pada hari Khamis (18 Ogos), api telah merebak sehingga 31,600 ekar (1.38×109 ka2) dan memaksa lebih 82,000 orang penduduk untuk berpindah.[5] Pemindahan tersebut memberi kesan kepada anggaran 34,500 orang penduduk. Satu bahagian Lebuh Raya Antara Negeri 15 masih ditutup.

Dua anggota bomba juga telah dihantar ke hospital pada pagi Rabu selepas terperangkap ketika melindungi beberapa rumah di Ngarai Swarthout.[6]

Dalam sidang media pada hari Rabu, komander bagi pencegahan insiden tersebut, ketua batalion Michael Wakoski mengatakan bahawa Genting Cajon bertindak sebagai terowong angin semula jadi, yang mampu menghasilkan satu corong bagi meningkatkan kelajuan angin sehingga 20–30 miles per jam (32–48 km/j).[7] Angin ini menyebabkan api untuk merebak ke utara sehingga sejauh setengah batu.[7]

Kesan sunting

Disebabkan penyebaran api yang pantas, pegawai bomba telah mengarahkan proses pemindahan wajib kepada lebih 82,000 orang penduduk termasuklah di Wrightwood, California.[8] Summit Inn, sebuah restoran yang telah dibina pada 1952 di tepi Laluan 66 Amerika Syarikat juga terbakar.[9]

Pada hari Selasa (16 Ogos), Jabatan Pengangkutan California (CalTrans) telah menutup Lebuh Raya Antara Negeri 15 yang melalui kawasan Genting Cajon.[10] Lebuh raya tersebut merupakan laluan utama bagi perjalanan di antara Los Angeles dan Las Vegas.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Blue Cut Fire Fire Incident Information". Inciweb. Dicapai pada August 16, 2016.
  2. ^ Jamieson, Alastair. "Blue Cut Fire Burns 30,000 Acres, Forces 82,000 to Evacuate in California". NBCNews.com. Dicapai pada August 17, 2016.
  3. ^ a b Von Quednow, Cindy (August 16, 2016). "Evacuations, Road Closures Issued in Fast-Moving Blue Cut Fire Burning in Cajon Pass". KTLA. Dicapai pada August 16, 2016.
  4. ^ Quintero, Jose (August 16, 2016). "Blue Cut Fire in Cajon Pass up to 5,500 acres, evacuation area expanding". Daily Press (California). Dicapai pada August 16, 2016.
  5. ^ Mele, Christopher; Bidgood, Jess (August 17, 2016). "Tens of Thousands Evacuated as Fire Rages in Southern California". The New York Times. Dicapai pada August 17, 2016.
  6. ^ Jameson, Alastair (August 17, 2016). "Blue Cut Fire Burns 30,000 Acres, Forces 82,000 to Evacuate". NBC News. Dicapai pada August 17, 2016.
  7. ^ a b "Live updates: Devastating Blue Cut Fire in Cajon Pass consumes homes at rapid rate, burning out of control". Los Angeles Times. August 17, 2016. Dicapai pada August 17, 2016.
  8. ^ Times, Los Angeles (August 17, 2016). "Homes burn, thousands flee as out-of-control brush fire chars 30,000 acres in Cajon Pass". LA Times. Dicapai pada August 17, 2016.
  9. ^ Noyes, Jack; Irick, Whitney. "Brush Fire Destroys Historic Summit Inn Diner". NBC Los Angeles. Dicapai pada August 17, 2016.
  10. ^ Atagi, Colin; Ferreira, Gabby (August 17, 2016). "Blue Cut wildfire doubles to 46 square miles, evacuations continue". The Desert Sun. Dicapai pada August 17, 2016.