Kebakaran kafe siber Lanjisu

Pada jam 2:40 pagi bertarikh 16 Jun 2002, berlaku kebakaran besar di sebuah kafe internet dua tingkat di pekan Haidian, Beijing. 25 orang maut dan 13 yang lain mengalami luka-luka. Mangsa daripada kebakaran ramainya ialah pelajar tinggi universiti. Kebakaran itu ialah kebakaran paling teruk yang berlaku di Beijing dalam tempoh lebih daripada 50 tahun. Kebakaran itu ialah jenayah perosakkan yang dibuat oleh empat anak remaja.

Kebakaran kafe siber Lanjisu
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Titik api di Beijing
Tarikh16 Jun 2002 (2002-06-16)
Masa02:40 (CST)
Koordinat39°59′49″N 116°21′40″E / 39.997°N 116.361°E / 39.997; 116.361Koordinat: 39°59′49″N 116°21′40″E / 39.997°N 116.361°E / 39.997; 116.361
JenisPerosakkan
Kematian25
Kecederaan13

Latar belakang sunting

 
Keadaan sebuah kafe siber di China pada tahun 2006.

Kafe siber Lanjisu ("Biru Pantas") ialah sebuah kedai bangunan berlantai dua tingkat di Haidian, sebuah daerah univeristi Beijing. Pada masa itu, pengoperasian kafe siber tanpa izin menjadi hal yang lazim: merujuk kepada maklumat pentadbir, hanya terdapat 200 buah daripada 2,400 buah kafe siber di bandar itu yang mempunyai lesen operasi.[1][2] Pemilik kafe siber ini ialah Zheng Wenjing, seorang jurutera berusia 36 tahun, dan ditemani oleh teman wanitanya, Zhang Minmin.[3]

Dua orang remaja lelaki berusia 13 dan 14 tahun bernama Zhang dan Song, mengakui alasan mereka berbuat jenayah seperti itu, kerana dendam selepas berbalah dengan pekerja kafe. Dalam akhbar televisyen, salah satu dari kedua remaja itu bercakap jujur kepada penyiasat bahawa, "Saya menyiram kafe Lanjisu dengan petrol sebab mereka menyuruh kami berdua balik sahaja ke rumah".[2] Kedua anak remaja itu merancangkan aksi jahatnya selama dua minggu sebelum melakukan jenayah terbabit.[4]

Kebakaran sunting

Pada hari berlakunya kebakaran, Zhang dan Song telah membeli petrol sebanyak 1,8 liter dari stesen minyak pada jam 23:00 malam waktu tempatan, sebelum mereka memulakan perbuatannya.[4]

Api marak pada jam 2:40 malam.[3] Semasa membesarnya api, keadaan dalam kafe sedang ramai dengan pelajar univerisiti tinggi. Malangnya pada hari itu, tingkap kafe sedia ada telah ditutup oleh pemilik dan hanya terdapat satu pintu keluar yang dihalau oleh keempat penjenayah.[2] Api berjaya dipadamkan tidak sampai sejam selepas berlakunya kebakaran pada waktu 3:30 pagi waktu tempatan,[4] namun sebanyak 25 mangsa maut akibat kebakaran dan 13 orang lainnya mengalami luka-luka. Ramai mangsa terdiri daripada pelajar-pelajar di lapan universiti daerah Haidian.[3] Kebakaran ini ialah kebakaran paling teruk yang berlaku di Beijing dalam tempoh lebih daripada 50 tahun.[5]

Tindakan susulan sunting

Datuk Bandar Beijing, Liu Qi segera mengazamkan operasi penutupan semua kafe siber di wilayah perkhidmatannya bagi razia kepemilikan lesen. Hanya kafe siber yang bersenarai dengan izin sah dari pemerintah sahaja yang boleh melanjutkan operasinya semula.[5]

Pemilik kafe iaitu Zhang Wenjing telah menyerahkan diri. Teman wanita telah melarikan diri ke bandar lain tetapi berjaya ditangkap oleh pihak penguatkuasa.[5] Untuk kesalahan mengoperasikan sebuah kafe siber tanpa lesen sah, dia telah dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dan mesti membayar denda 300,000 renminbi. Zhang Minmin rakan yang menyokong perbuatan haram, dijatuhi hukuman satu tahun enam bulan penjara dan harus membayarkan denda sebesar 200,000 renminbi.[3] Pekerja-pekerja stesen minyak yang membolehkan remaja-remaja penjenayah kebakaran membeli petrol, mendapat hukuman denda 50,000 renminbi.[6]

Hukuman bagi keempat pesalah ialah: kedua-dua pengganas utama, Zheng dan Song mendapatkan penjara seumur hidup, seorang gadis rakan sedarjah yang membantu mereka berdua dihukum 12 tahun, dan seorang pemuda lain yang menutup pintu kafe masuk ke dalam sekolah reformasi Beijing.[1]

References sunting

  1. ^ a b Watts, Jonathan (30 August 2002). "Boys jailed for deadly fire at illegal internet cafe". The Guardian. Dicapai pada 27 December 2023.
  2. ^ a b c Eckholm, Erik (20 June 2002). "2 Boys Charged With Setting Fatal Fire at a Beijing Internet Cafe". The New York Times. Dicapai pada 27 December 2023.
  3. ^ a b c d Sun, Xin (29 December 2008). "The owner of Beijing Blue Speed Internet Cafe is here today" (dalam bahasa Chinese). Sina News. Dicapai pada 27 December 2023.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ a b c "Arson Blamed for Internet Cafe Tragedy, Two Teens in Police Detention". People's Daily. 20 June 2002. Dicapai pada 27 December 2023.
  5. ^ a b c "China Shuts Down Internet Cafes". Wired. 17 June 2002. Dicapai pada 27 December 2023.
  6. ^ Zhuang, Shan (8 April 2004). "Two arson boys and 25 lives". Lifeweek. Dicapai pada 27 December 2023.