Kebakaran liar Hawaii 2023

kebakaran hutan di negeri Hawaii pada 2023

Pada awal Ogos 2023, satu siri kebakaran hutan berlaku di negeri Hawaii, Amerika Syarikat, terutamanya di pulau Maui. Kebakaran yang dipacu oleh angin itu menyebabkan pemindahan, kerosakan yang meluas, dan telah membunuh sekurang-kurangnya 80 orang di bandar Lahaina; 1,500 lagi masih hilang. Percambahan kebakaran hutan tersebut disebabkan oleh keadaan kering dan angin kencang yang dihasilkan oleh kawasan tekanan tinggi yang kuat di utara Hawaii dan Hurikan Dora di selatan.[1]

Kebakaran liar Hawaii 2023
Dari atas, kiri ke kanan: Imej satelit Maui • Taman Lahaina Banyan Court • Jalan Front • Pelabuhan Lāhainā
Map
LokasiHawaii, Amerika Syarikat
Koordinat20°52′56.6″N 156°40′53.8″W Sunting ini di Wikidata
Perangkaan
Kos5,500,000,000 Dolar Amerika Syarikat Sunting ini di Wikidata
Tarikh
  • Ogos 2023 Sunting ini di Wikidata
Kematian97 Sunting ini di Wikidata
Tercedera67 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pengisytiharan kecemasan telah ditandatangani pada 8 Ogos, membenarkan beberapa tindakan, termasuk pengaktifan Pengawal Kebangsaan Hawaii, tindakan sewajarnya oleh pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Hawaii dan Pentadbir Pengurusan Kecemasan, serta perbelanjaan dana hasil am negeri untuk bantuan kebakaran.[2] Menjelang 9 Ogos, pemerintah negeri Hawaii mengeluarkan perintah darurat untuk seluruh negeri itu.[1] Pada 10 Ogos, Presiden AS Joe Biden mengeluarkan deklarasi bencana besar persekutuan.[3]

Sehingga 11 Ogos, kebakaran liar Hawaii 2023 adalah yang paling maut di Amerika Syarikat sejak kebakaran Camp 2018, di mana 85 orang telah disahkan terbunuh.[4] Untuk kebakaran di Lahaina sahaja, Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) dan Pusat Bencana Pasifik (PDC) menganggarkan bahawa lebih 2,200 bangunan telah musnah,[5] termasuklah banyak mercu tanda bersejarah di Lahaina[6][7] dan menganggarkan kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran itu kira-kira $5.52 bilion.[5]

Dampak sunting

Gabenor negeri Hawaii, Josh Green, berkata kebakaran hutan ini sebagai "bencana semula jadi terburuk" dalam sejarah Hawaii.[8][a] Ia merupakan kebakaran hutan paling maut di Amerika Syarikat sejak kebakaran Camp pada 2018 di California Utara, yang mengorbankan 85 orang.[11]

Catatan sunting

  1. ^ Sebelum taraf negeri, tsunami daripada gempa bumi kepulauan Aleutian pada 1946 telah membunuh 165–173 orang di kepulauan Hawaii,[9] yang dianggap secara meluas sebagai bencana alam terburuk di Hawaii.[10]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Shalvey, Kevin; Arancio, Victoria; El-Bawab, Nadine; Deliso, Meredith (9 Ogos 2023). "'I was trapped': Maui fire survivors speak out as emergency declared". ABC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Ogos 2023. Dicapai pada 10 Ogos 2023.
  2. ^ "Office of the Governor – News Release – Emergency Proclamation for Maui Air Travel and Hurricane Dora". Pejabat Gabenor Hawaii (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2023. Dicapai pada 9 Ogos 2023.
  3. ^ Alvarez, Priscilla; Klein, Betsy (10 Ogos 2023). "Biden says 'every asset that we have will be available' to Hawaii residents affected by wildfires | CNN Politics". CNN (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Ogos 2023. Dicapai pada 12 Ogos 2023.
  4. ^ "Maui death toll reaches 80 as authorities race to contain wildfires". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). 12 Ogos 2023. Dicapai pada 12 Ogos 2023.
  5. ^ a b "The wildfires scorching Maui have killed at least 53 people and destroyed hundreds of buildings, officials say". CNN (dalam bahasa Inggeris). CNN. 12 Ogos 2023. Dicapai pada 12 Ogos 2023.
  6. ^ "Death toll from Maui fires rises to 53, governor says, and more than 1,000 structures have burned". Associated Press (dalam bahasa Inggeris). 10 Ogos 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Ogos 2023. Dicapai pada 10 Ogos 2023.
  7. ^ "Maui County raises death toll to 55". Honolulu Star-Advertiser (dalam bahasa Inggeris). 10 Ogos 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Ogos 2023. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
  8. ^ Thebault, Reis; Brulliard, Karin; Slater, Joanna (11 Ogos 2023). "Hawaii's worst fires leave Lahaina in ruins as death toll rises to 53". Washington Post (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0190-8286. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Ogos 2023. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
  9. ^ USGS (4 September 2009), PAGER-CAT Earthquake Catalog, Version 2008_06.1 (dalam bahasa Inggeris), Tinjauan Geologi Amerika Syarikat, diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2020, dicapai pada 3 Ogos 2018
  10. ^ Sommerlad, Joe (11 Ogos 2023). "A brief history of natural disasters in Hawaii, from tsunamis to wildfires". The Independent (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Ogos 2023. Dicapai pada 11 Ogos 2023.
  11. ^ Hassan, Adeel (August 10, 2023). "What We Know About the Wildfires in Hawaii". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 11, 2023. Dicapai pada August 11, 2023.